Lim Kit Siang Punca Perpecahan Dalaman DAP

aziz1. Saya melihat tuduhan Lim Kit Siang terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, termasuk YAB Perdana Menteri mengadakan operasi ‘black ops’ untuk menumpaskan DAP adalah tidak berasas.

2. Malahan Lim Kit Siang turut membuat tuduhan jahat dengan mengatakan taktik propaganda ketakutan, kebencian dan penipuan digunakan oleh para menteri termasuk YAB Perdana Menteri sendiri.

3. Kesemua tuduhan-tuduhan Lim Kit Siang ini adalah klasik bagi dirinya yang gemar meletakkan kesalahan dan kelemahan beliau sendiri kepada orang lain.

4. Apa yang media laporkan adalah realiti sebenar yang berlaku dan sekiranya terdapat elemen ‘black ops’, saya mensyorkan kepada Lim Kit Siang untuk membuat laporan polis seperti mana yang pernah beliau selalu lakukan sebelum ini.

5. Namun, Lim Kit Siang hanya mampu bercakap di dalam sidang media sahaja kerana sedar apa yang dilaporkan oleh media adalah perkara yang sebenarnya berlaku.

6. Lim Kit Siang sepatutnya sedar bahawa dirinya sendiri merupakan seorang yang hipokrit kerana semasa 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Lim Kit Siang merupakan penentang utama kepada Tun.

7. Apabila Tun Dr. Mahathir mahu menentang UMNO dan Barisan Nasional, maka Lim Kit Siang terus melupakan apa yang beliau pernah katakan kepada Tun malah menghulurkan tangan untuk menjadi saudara politik.

8. Ramai daripada ahli DAP melihat secara langsung sikap hipokrit keterlaluan Lim Kit Siang dan sebahagian daripada mereka akhirnya sedar bahawa DAP bukan lagi sebuah parti yang telus berjuang demi rakyat tetapi berjuang demi kelangsungan politik Lim Kit Siang dan keluarganya sahaja.

9. Kenyataan YAB Perdana Menteri jelas menunjukkan realiti politik sebenar pembangkang iaitu DAP merupakan pemegang kerusi tertinggi di kalangan pakatan pembangkang dan berkuasa untuk menentukan hala tuju pakatan itu sendiri.

10. Manakala di dalam DAP pula, Setiausaha Agung adalah anaknya sendiri dan ini menjadikan Lim Kit Siang sebagai individu yang paling berpengaruh di dalam parti.

11. Lihat sahaja apabila Lim Kit Siang tidak bersependapat dengan PAS, bukan DAP yang keluar daripada pakatan tetapi PAS yang keluar dan ahli parti pakatan yang lain tetap bersama DAP dan Lim Kit Siang.

12. Hal ini sahaja jelas menunjukkan Lim Kit Siang adalah ‘de facto leader’ bagi pakatan pembangkang.

13. Saranan saya kepada Lim Kit Siang adalah untuk berhenti menyalahkan orang lain tetapi mengakui sahaja kelemahan dan kesilapan beliau sendiri yang mana sejak penubuhan DAP telah beliau telah memanipulasi ahli dan penyokongnya untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional tanpa sebarang sebab yang kukuh.

14. Sejak ditubuhkan kira-kira 50 tahun yang lalu sehingga kini, saya percaya bahawa yang kerap melakukan ‘black ops’ untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dan menjadi punca perpecahan rakyat Malaysia adalah Lim Kit Siang dan DAP itu sendiri.

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s