Tanpa PAS Sekali Pun, Pakatan Harapan Boleh Menang Di Selangor – IDE


SHAH ALAM: Institut Darul Ehsan (IDE) hari ini mendedahkan jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang Pakatan Harapan (PH) punya peluang untuk mengekalkan kedudukan mereka di Selangor tanpa PAS.

Naib Pengerusinya Profesor Datuk Dr Redzuan Othman berkata, kajian yang dilakukan institusi terbabit bukan sahaja merangkumi sentimen sokongan kepada PAS tetapi juga mengambil kira tahap pengetahuan rakyat Selangor terhadap isu-isu politik negara.

“Kalau pilihan raya diadakan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, Pakatan (di Selangor) akan terus menang.

“Kalau senario seperti ini kerana dengan sokongan berdasarkan kepada tahap kepuasan (PBT kepada kerajaan negeri) dan menilai konteks rakyat Selangor dianggap sebagai jauh lebih berpendidikan.

“Di Selangor tak banyak Felda dan kawasan luar bandar dan tahap celik politik itu tinggi,” katanya pada sesi pembentangan kajian IDE mengenai Isu dan Persepsi Pengundi Selangor Menjelang PRU14.

Justeru katanya, faktor PAS sedikit sebanyak tidak akan menggugat kedudukan PH di Selangor kerana tahap kepuasan rakyat negeri itu semakin meningkat jika dibandingkan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan buat pendekatan strategik, tak kira dua atau tiga penjuru itu bukan isu sebenarnya. Sebab kita lihat dari segi populariti dari segi MB, dasar dan sebagainya ternyata dalam konteks Selangor tahap kepuasan kepada kerajaan negeri yang ada amat tinggi,” ujar beliau.

Malah katanya lagi, dalam keadaan politik ketika ini, kajian yang dibuat terhadap kadar sokongan rakyat Selangor kepada PAS juga menyaksikan kemerosotan berbanding yang dilakukan sebelum PRU13 lalu.

“Dalam kajian yang kita buat PAS harus berhati-hati kerana (kajian) yang kita dapat (penyokong) yang tinggal hanya penyokong tegar PAS. Dan jumlah daripada kajian kami itu agak merosot daripada sebelum ini dan mereka tidak dapat (undi) penyokong atas pagar.

“Mungkin PAS yakin boleh menang 15 kerusi tetapi keadaan yang berlaku sekarang ni tidak semestinya begitu terutama apabila melibatkan pengundi Cina. Walaupun ada pengundi Cina yang menyokong PAS, tetapi peratusannya semakin merosot,” katanya lagi.

Kerajaan PH di Selangor kini sedang berdepan dengan kemelut kerjasama antara PKR, DAP, PAS dan Amanah.

Umum mengetahui PAS telah memutuskan hubungannya dengan DAP disebabkan parti itu enggan menghormati dasar perjuangan Islam mereka, dan menjadikan Amanah sebagai musuh yang disifatkan pengkhianat.

Walaupun PAS didesak untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri, namun parti itu enggan berbuat demikian kerana masih mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dalam membawa mandat rakyat pada PRU lalu – AP

Kajian Badan Pemikir Azmin Tunjuk PKR Lebih Berpengaruh Daripada PAS Di Selangor

Azmin Di Belakang Kajian IDE ?

Kajian Badan Pemikir Azmin Ada Muslihat Politik

Hasil Kajian Palsu Dikitar Semula Untuk Potret ‘Anwar Popular’

Advertisements

One thought on “Tanpa PAS Sekali Pun, Pakatan Harapan Boleh Menang Di Selangor – IDE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s