Faktor Selangor, PKR Tidak Yakin PAS Akan Putuskan Tahaluf Siasi


AIDCNews – 18/02/17 – PKR tidak yakin PAS akan memutuskan tahaluf siasi dengan partinya disebabkan faktor Kerajaan Negeri Selangor.

Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata walaupun PAS telah memberi mandat kepada Muktamar parti pada April ini untuk membuat keputusan, namun parti Islam itu dijangka tidak akan memutuskan hubungan dengan parti Keadilan kerana ia memberi kesan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

“Kemungkinan untuk PAS menarik balik tahaluf siyasi ini mungkin tidak akan berlaku kerana ada beberapa negeri juga akan berlaku kesukaran.

“Contoh macam Selangor, kerana Selangor itu PAS berada dalam kerajaan jadi sudah tentu memutuskan tahaluf itu akan berikan kesan politik dan kesan itu menjurus kepada PAS sendiri,” katanya kepada Antarapos.

Walau bagaimanapun, Shaharuddin berkata jika Muktamar PAS membuat keputusan sebaliknya, yakni memutuskan hubungan politik dengan PKR, namun hubungan politik di antara kedua parti masih boleh diteruskan dengan cara lain.

“Kita tetap positif bahawa hubungan itu dijalinkan dan diteruskan. Dalam politik pilihan raya sejak 2008 dan 2013 PAS berada dalam Pakatan Rakyat tetapi sekarang ini misal kata putusnya hubungan PAS dengan DAP tetapi masih wujud kerajaan itu selama dua tahun ini.

“Walaupun mereka itu tak ada dalam Pakatan tapi berada dalam sebuah kerajaan. Ini boleh terlaksana terutama dalam parlimen demokrasi, apa saja konsep dan cara boleh berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan PAS-PKR yang dimeterai sejak tahun 2008 akan dikaji semula pada muktamar tahunan PAS April depan.

Beliau sebelum ini seringkali menegaskan bahawa tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.

PKR adalah rakan komponen DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan.

Ketiga-tiga parti itu mengikat kerjasama politik sesama diri dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

pkr

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s