Tanpa Kehadiran Pimpinan PKR, Ribuan Penyokong Akta 355 Banjiri Padang Merbok

coverAIDCNews – 18/02/17 –Walaupun tanpa kehadiran pimpinan tertinggi PKR, namun ribuan penyokong Akta 355 yang memakai baju unggu membanjiri Padang Merbok petang tadi.

unggu

Tepat jam 4.00 petang, lebih 100,000 membanjiri padang tersebut melimpah hingga ke luar kawasan dan jalan sekitarnya, lapor Harakahdaily.

Perhimpunan ini adalah anjuran PAS di mana Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi diamanahkan sebagai Pengarah Himpunan 355 untuk program petang dan malam.

Program PAS ini dianjurkan bersama dengan NGO-NGO Islam; Sekretariat Ummah, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Majlis Ulamak dan Umarak Malaysia serta Pertubuhan Professional Muslim Malaysia.

Tokoh-tokoh yang menyampaikan pidato terdiri daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pemimpin NGO pula ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminudin bin Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof Mahamad Naser Disa serta jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sesi pidato pada sebelah malam turut menampilkan tokoh agama diketuai, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri; Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak, Datuk Jailani Ngah; Datuk Dr Hassan Ali serta jurucakap Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Dr Yusri Mohamad.
unggu1



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s