Datuk Seri Didakwa Terlibat Geng Kongsi Gelap Pulau Pinang

datuk-seriPULAU PINANG – Seramai 22 ahli kongsi gelap termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjadi ahli jenayah te­rancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’, sejak dua tahun lalu.

Kesemua lelaki yang berusia antara 24 dan 55 tahun itu me­ngangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kepada mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mereka terdiri daripada Teh Suee Chin, 31; Bee Hooi Siang, 44; Ee Ching Hock, 44; Jeremy Cheng Yee Fun, 34; Datuk Seri Ng Chian Sia, 55; Mah Chee Seng, 46; Yeong Kah Man, 26; Goh Chun Shien, 36; Ng Ah Beoy, 45; Yeoh Choon Hin, 37, dan Teng Kok Haw, 26.

Tertuduh yang lain ialah Lim Leng Huat, 27; Chee Chia Heng, 32; Song Wai Hon, 33; Teoh Jong Yow, 36; Yeoh Choon Hong, 45; Lee Chew Hong, 40; Tan Soo C­hing, 36; Teh Hang Beng, 38; Tang Soon Toh, 24; Teoh Chin Yeow, 24, dan Teng Kok Loon, 29.

Mengikut pertuduhan, kese­muanya didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’ di da­erah Timur Laut sejak 1 Januari 2015 hingga 29 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya diketuai Jailani Abdul Rahman, manakala hanya lima daripada tertuduh terbabit diwakili peguam bela.

Yee Fun diwakili peguam Jason Khor manakala Chia Sia (Gobind Singh Deo), Chee Seng (Tan Guat Chang) selain Choon Hin dan Choon Hong masing-masing diwakili peguam, K. Mahendran serta M. M. Athimulan.

Jailani tidak menawarkan jaminan kerana kes berkenaan tertakluk di bawah Akta Kesa­lahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, Gobind dan Jason Khor memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi dan memohon mahkamah memberikan tempoh selama dua minggu.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh-tertuduh dan mene­tapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes itu – UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s