Hasrat Pakatan Harapan Mahu Mansuhkan BTN, JASA Sahkan Pendedahan Razali

AIDCNews – 20/02/17 –Hasrat Pakatan Harapan mahu menghapuskan jabatan-jabatan kerajaan yang dilabel sebagai tidak produktif seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Biro Tatanegara (BTN) mengesahkan pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman sebelum ini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini mewakili pimpinan tiga parti; YB Liew Chin Tong (DAP), Datuk Saifuddin Nasution (PKR) dan YB Khalid Samad (PAN), Pakatan Harapan menuntut JASA dan BTN dimansuhkan dengan alasan tidak produktif.

“Pakatan Harapan turut mencadangkan supaya jabatan-jabatan yang tidak produktif seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Biro Tatanegara (BTN) perlu dimansuhkan agar dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

“PERMATA yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri perlu dimansuhkan dan peruntukan diagihkan semula pada agensi-agensi pendidikan awal kanak-kanak sedia ada seperti yang sedang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,”kenyataan bersama Pakatan Harapan dipetik.

Pada 2012, bekas aktivis DAP, Mohamad Razali mendedahkan jika DAP melalui gabungan partinya berjaya menawan Putrajaya, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan Melayu akan dihapuskan:

Jadi, di sini Tuan-tuan dan Puan-puan, saya ingin memberitahu apakah rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya ni? Banyak. Banyak rancangan. Saya ni bersengkokol dengan mereka. banyak rancangan yang dibuat oleh pihak DAP.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.

Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian.

Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik.

Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?

Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, TYT adalah daripada kalangan orang Cina.

Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirate our country?, dia tanya.

Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.

Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah.

Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.

Azan kita tidak akan benarkan. You nak azan dalam masjid atau surau, bukan di luar. Ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain.

Sekarang di Pulau Pinang, arahan kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat DAP adalah supaya azan diharamkan.

Pertandingan tilawah membaca al-Quran sekarang, yang baru habis peringkat kebangsaan, akan ke peringkat antarabangsa, kita akan haramkan. Ini tidak adil untuk agama lain. Kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini.

Dia kata apa, Arab Saudi pun tak buat benda ni, pasal apa Malaysia yang pandai-pandai nak buat. Not fair to other religion so we won’t to listed.

Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu, dia paling benci PEKIDA dengan PERKASA. kita akan haramkan kedua-dua pertubuhan ini. kita akan labelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. Macam al-Maunah ke apa, kita akan labelkan mereka sebagai pengganas.

Sebab itulah, kita akan menggunakan undang-undang yang ada kat Malaysia ini supaya mengharamkan PEKIDA dengan PERKASA selepas ini.

Perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. cina boleh kahwin dengan Melayu, tak tukar agama tak apa. Semua agama sama, kita akan buat.

Macam apa yang sedang berlaku di Indonesia dan Singapura, boleh kahwin, bebas. Dan setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberi wang saguhati RM5,000 kita akan bagi. Wang galakan.

Dan ada lagi satu Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau kita dapat anak, walaupun mak dia Islam, bapa dia Islam, anak tak semestinya Islam. Agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun.

Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anak dia kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Bila beranak, pi JPN, surat beranak agama tiada, tunggulah sampai umur dia 18 tahun, anak tulah yang akan tentukan agama apa yang dia nak.

Ibu bapa tidak mempunyai hak. Kita bagi kebebasan untuk anak dia pilih agama apa yang dia nak.

Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia Cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin. Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language.

Bahasa yang tidak mempunyai nilai kerana bagi kami bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itu kami tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia.

Kita akan mengiktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.

Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. You nak belajar agama, you belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah kita akan ajar akademik sahaja. Kita pisah kedua-duanya.

Tak tahulah orang Melayu ni buat mogok ke, demonstrasi ke, huru-hara, nak juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, dia kata boleh. Dia kata boleh pula tapi dengan satu syarat.

Syaratnya, mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Budha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Kalau setuju, barulah mata pelajaran agama Islam boleh diajar di sekolah selepas ini.

Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA..bagi kami MARA merupakan satu agensi perkauman sebab dia tolong orang Melayu saja tak tolong bangsa lain.

Sebab itu kita anggap ini sebagai rasis agensi. Lepas dua minggu, inilah yang akan ditutup. Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan.

Syarikat-syarikat GLC seleps ini akan diterajui oleh orang-orang Cina atau orang-orang India. Malay is not capable to handle GLC.

Selangor pun dah berlaku dah di PKNS. Di Pulau Pinang pun dah berlaku dah di PDC. Dah ada dah. Dia tahu Malays is not capable.

Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubah suai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu.

Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Dia kata apa, banyak orang Cina telah dibunuh pada tahun 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan juga di Kuala Lumpur oleh rejimen inilah. Dia akan tukar.

Dia benci tiga benda saja. DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja. Tiga ni yang paling dibenci oleh DAP. Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. perkataan Melayu tu dia akan buang.

Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina.

Kakitangan kerajaan, tahun lalu Tony Pua dah kata dah, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan. Pada bulan Januari (2011) tahun lalu, DAP telah menghantar 12 pakar dia pergi ke Beijing, China.

Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana nak mengurangkan kakitangan kerajaan.

Sebab itu Tony Pua berani kata, kalau kita dapat tawan Putrajaya, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan orang-orang Melayulah.

Kementerian pertama, jabatan pertama yang akan klita kurangkan adalah jabatan pendidikan, cikgu-cikgu dulu. Selepas itulah kita akan pergi ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. Jabatan pendidikan akan menjadi mangsa pertama untuk projek.

KEMAS, BTN dan MKN juga kita akan tutup. Bagi kami, tiga agensi ini merupakan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat.

Sebab itu kita kenal pasti, kita akan tutup juga ketiga-tiga ni. Kita akan buka satu agensi baru. Kita akan buka yang baru, ketiga-tiga ni kita akan tutup terus.

Selanjutnya, sila baca “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Advertisements

One thought on “Hasrat Pakatan Harapan Mahu Mansuhkan BTN, JASA Sahkan Pendedahan Razali

  1. Sehingga hari ini tidak ada penafian ayau tindakan yg di ambil oleh DAP berkaitan dgn pendedahan Razali ini,sama seperti Tengku Aziz,DAP langsung tak berani nak ambil tindakan.Masa Razali mendedahkan perkara ini,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s