Husam ‘Dilarikan’ Bimbang Ditumbuk Penyokong PAS

husamAIDCNews – 20/02/17 –Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ‘dilarikan’ daripada berada di pentas utama dalam ceramah PAS dibimbangi akan ditumbuk oleh penyokong PAS yang sedang marah dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin kanan PAS Kelantan dan pusat itu.

“Kekecohan bermula apabila seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan tampil ke hadapan pentas mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu (Husam) berdebat di hadapan mereka.

“Ketika itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassuruddin Daud, sedang memberi ucapan berhubung tindakan Husam yang mengkhianati bai’ah apabila menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

“Tindakan lelaki itu menyebabkan beberapa penyokong lain mula mara ke pentas untuk bersemuka dengan bekas Naib Presiden PAS itu, namun dihalang anggota unit amal PAS dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua penyokong.

“Akibat kekecohan itu, Husam dibawa keluar bagi meredakan kemarahan penyokong. Keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan majlis berkenaan,” lapor Berita Harian yang menceritakan insiden kekecohan yang berlaku dalam Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk “Husam lari dari debat bai’ah” malam ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dalam rakaman yang tersebar di media sosial menunjukan insiden kekecohan berlaku sebaik sahaja Nassuruddin membaca surat jemputan debat daripada Husam yang meletakkan syarat mesti berjumpa dengan Syeikh Dr Yusof Qardawi terlebih dahulu bersetuju untuk mengadakan debat.

Husam dan penyokongnya tiba sebagai tetamu yang tidak diundang di ceramah berkenaan pada jam 11 malam ketika Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, sedang menyampaikan ucapan, dan duduk bersama pemimpin PAS di pentas utama.

“Saya tiba lebih kurang jam 11 malam.

“Nazman selaku pengerusi majlis. Saya beritahu beliau, saya mesti diberi masa untuk berucap, kerana nama saya telah ‘dijual’.

“Nazman memberitahu, Dato Nasaruddin tidak benarkan!,”kata Husam dalam Facebooknya.

pas
pas1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s