Isu Campur Tangan Fatwa Pulau Pinang : Bukti Exco Agama Dari PKR Hanya Alat DAP

PULAU PINANG: Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Zaman Yusoff berpendapat bahawa campurtangan dalam perlaksanaan Fatwa di Pulau Pinang jelas menunjukkan salah satu bukti bahawa parti DAP tidak selesa dengan Islam dan sekaligus menyerlahkan tohmahan umum yang menyatakan DAP merupakan sebuah parti politik yang bersifat Anti Melayu dan Anti Islam.

Menurutnya, walaupun tidak secara terus menunjukkan penentangan mereka, DAP bijak memainkan peranan Exco Agamanya yang dipegang oleh Dato` Abdul Malek Kassim.

“Cuma pada isu ini DAP tidak menunjukkan secara terang-terangan tidak bersetuju tetapi mereka menggunakan Exco Agama sebagai boneka untuk memainkan wataknya, ”katanya.

Beliau berkata, ini jelas apabila Lim Guan Eng secara mudah melepas tangan dan menafikan seraya menuding jari ke arah Abdul Malek dari parti Keadilan itu untuk menanganinya.

“Walhal, sudah tentu arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri sendiri dan secara terang Abdul Malek dipergunakan bagi melaksanakan hasrat politik mereka, ”katanya.

Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) berkata, jika mengikut prosedur bidang kuasa Majlis Fatwa, perkara ini tidak perlu pun melalui Ketua Menteri mahupun Exco Agama.

“Sekalipun mereka meminta berbuat demikian tetapi penerangan atau pembentangan fatwa hanya dibuat selepas diluluskan oleh Yang Di Pertuan Agung (YDPA) tetapi di Pulau Pinang berlaku sebaliknya,”katanya.

Menurut beliau, perkara ini jelas selari dengan kesombongan politik DAP yang mahukan isu berkaitan agama Islam dirujuk kepada mereka terlebih dahulu sebelum dibawa ke pengetahuan YDPA.

“Sememangnya Guan Eng yang bertanggungjawab dan sebagai Ketua Menteri dia mesti memohon maaf secara terbuka kepada YDPA dan semua umat Islam di Pulau Pinang, ”katanya.

Beliau menegaskan, Guan Eng perlu mengarahkan segera pegawai dan exco ataupun pemimpin politik di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang supaya berhenti dari campur tangan urusan agama Islam dan berhenti menyalahkan sepenuhnya kesalahan itu kepada Abdul Malek kerana arahan itu datang dari beliau sendiri.

Ditanya adakah mufti turut melakukan kesalahan kerana mentaati dan membenarkan campurtangan ini, beliau berpendapat, sememangnya Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor melakukan kesalahan kerana membenarkan campur tangan ini berlaku.

Menurut Dr Kamarul, Mufti sepatutnya bersuara apabila wujud pemimpin yang zalim dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menggambarkan beliau tidak memahami tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai Mufti.

Katanya, Mufti bukanlah orang yang perlu berkecimpung dalam arena politik dan tidak perlu sibuk untuk menjaga Kerajaan Negeri. “Dia perlu bertegas dengan kuasa dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.”

Katanya lagi, tanggungjawab dan kerja Mufti adalah berkhidmat kepada YDPA selain menasihat dan memahamkan Kerajaan Negeri mengenai agama Islam bukan hanya mengekor Kerajaan Negeri selain perlu terus menegur secara terbuka dan tidak perlu menegakkan benang yang basah.

“Ini berbeza dari bekas Mufti sebelum ini iaitu Dato’ Seri Hassan Ahmad yang lantang bersuara selaras dengan enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 walaupun kontraknya tidak disambung lagi selepas itu.”

“Jika Dr Wan hanya diam dan tiada kuasa bersuara maka taraf beliau sebagai Mufti akan jatuh di mata rakyat, ”katanya.

Ketika ditanya apakah Royal Commission of Inquiry (RCI) merupakan bentukan penyelesaian undang-undang yang sesuai supaya perkara ini tidak berulang beliau berkata, Mengikut Seksyen 2 (1) (d) (i) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI bagi menyiasat campur tangan dalam proses pembuatan fatwa ini adalah tidak dibolehkan kerana seksyen ini jelas menyebut suruhanjaya ini hanya boleh ditubuhkan bagi menyiasat apa-apa perkara yang siasatannya, pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, berfaedah bagi kebajikan awam, iaitu bukan suatu perkara yang melibatkan apa-apa soal yang berhubungan dengan agama Islam atau adat Melayu.

“Proses pembuatan fatwa adalah soal yang berhubungan dengan agama Islam, ”katanya.

Kata beliau, mengikut Fasal 45 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.

Oleh itu katanya, tindakan Mufti membenarkan berlakunya campur tangan dalam proses pembuatan fatwa ini adalah bersalahan dengan fasal ini.

“Benar, perlantikan Mufti oleh Yang di-Pertuan Agong adalah dibuat atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, tetapi setelah dilantik, tanggungjawab Mufti adalah terus kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja.”

Di tanya apakah kebarangkalian untuk Timbalan Pendakwa Raya atau Deputy Public Prosecutor (DPP) meneruskan usaha mendakwa mereka yang bersalah dalam isu ini, beliau mengatakan boleh, mungkin di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 menghina, atau menyebabkan dipandang hina dsb, Agama Islam atau Seksyen 9 menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, ”katanya – menara.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s