Mahathir Kritik Himpunan 355

mahathirAIDCNews – 20/02/17 –Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Himpunan Rang Undang-undang 355 yang dihadiri ribuan umat Islam di Padang Merbok pada Sabtu sebagai tidak ikhlas dan untuk meraih undi semata-mata.

“Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihan raya umum ke-14, itu salah.

“Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah,” jelas Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran PKR Bandar Tun Razak di Flat Seri Johor di Cheras.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menegaskan beliau menolak usul penambahbaikan itu yang merangkumi hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan syariah tidak lebih 100 kali kerana Islam memberikan keadilan kepada semua pihak.

Malah Dr Mahathir membuat tuduhan seolah-olah menyokong Akta 355 seperti menyokong ‘penyembelihan’ manusia.

“Dia orang ini seronok sangat nak potong tangan orang, nak sembelih orang. Nak sebat sampai mati, nak masuk jel sampai 30 tahun,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s