Kit Siang Akhirnya Akui Pemimpin ‘Diktator’ DAP

kit-siangAIDCNews – 21/02/17 –Walau apapun jawatan yang disandang Lim Kit Siang dalam DAP, namun dia tetap kekal sebagai pemimpin ‘diktator’ parti dari tahun 1969 hingga kini.

Hew Kuan Yau yang sering digelar sebagai ‘Superman DAP ‘ pernah mengkritik Kit Siang dalam satu buku yang dilancarkan pada tahun 2007 sebagai diktator DAP.

“Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang”, kata Hew dalam bukunya itu dengan menggambarkan kekuasaan Kit Siang yang terlalu dominan dalam parti itu.

Hew juga turut membandingkan dua jawatan yang pernah dipegang Kit Siang iaitu Setiausaha Agung DAP yang dipegang selama 30 tahun (1969-1969) dengan Pengerusi DAP selama 5 tahun (1999-2004)

“Seseorang telah bertanya berkenaan DAP, yang mana lebih berkuasa, Pengerusi DAP atau Setiausaha Agung DAP ? Jawapannya tidak pada kedua-dua jawatan itu. Ia bergantung kepada di mana kedudukan jawatan Lim Kit Siang, maka jawatan itu yang akan menjadi paling berkuasa,” kata Hew secara berjenaka.

Selanjutnya, sila baca “Superman DAP Keluar Parti

Mengesahkan kenyataan Superman DAP itu, Kit Siang yang kini berjawatan Penasihat DAP berkata dia bersedia untuk membantu menerima kembali Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain ke dalam parti dengan syarat menarik balik tuduhan mereka bahawa ‘Kit Siang telah membelot prinsip parti’.

“Kami telah mendapat sambutan orang ramai ketika melawat Melaka pada Selasa lalu, ini menunjukkan kami tidak membelot prinsip asal.

“Biar rakyat yang menentukan sama ada kami telah membelot prinsip,” kata Kit Siang seperti dipetik Sinchew Daily.

DAP kini dipimpin oleh anaknya, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung parti dan kroni Kit Siang, iaitu Tan Kok Wai dilantik pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, selepas Karpal Singh maut dalam kemalangan di Perak pada April 2014.

Kit Siang berkata, dia pernah membantu Tong Him pada 1986 dan 2013 dan bersedia melakukan perkara yang sama untuk kes ini.

Pada 12 Feb lalu, Tong Him bersama tiga kroninya yang juga ADUN DAP Melaka, Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) mengumumkan keluar parti dengan alasan DAP kini sudah lari daripada matlamat asalnya ke arah memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia).

Slogan ‘Malaysian Malaysia’ merupakan ungkapan yang digunakan Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP dalam menentang Perkara 153, mengkritik polisi kerajaan Malaysia yang disifatkannya perkauman kerana meletakkan keistimewaan terhadap kaum Melayu.

Selanjutnya, sila baca “Gambar AIDCNews Jadi Rujukan Portal Singapura

Kenyataan Kit Siang yang mendakwa pernah membantu Tong Him pada tahun 1986 merujuk kepada Tong Him dipilih menjadi calon DAP buat kali pertama di DUN Tranquerah (kemudian ditukar nama Tengkera dan kini Kesidang), Melaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) itu.

Pada PRU itu, Kit Siang yang juga Setiausaha Agung DAP turut memilih anaknya, Lim Guan Eng bertanding buat pertama kalinya di Parlimen Kota Melaka.

Kit Siang sendiri ketika itu bertanding di Parlimen Tanjong, Pulau Pinang meninggal Parlimen Kota Melaka untuk ditandingi anaknya, Guan Eng.

Bantuan Kit Siang kepada Tong Him pada tahun 2013 pula merujuk PRU 2013, apabila Tong Him diberi amaran oleh Guan Eng bakal dikenakan tindakan tatatertib kerana bertanding di dua kawasan pilihan raya iaitu calon DAP di Parlimen Kota Melaka dan sebagai calon bebas di Kota Laksamana.

Pada PRU itu, Tong Him bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana kerana marah dengan keputusan DAP pusat menamakan musuh politiknya, Lai Kuen Ban bertanding di DUN itu.

Namun dengan bantuan Kit Siang, Tong Him tidak dikenakan tindakan tata tertib bertanding calon bebas, sedangkan Jenice Lee dipecat parti serta merta kerana bersalah bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai, Selangor.

Guan Eng dalam kenyataannya berkata tindakan keluar parti itu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana Tong Him dipilih secara peribadi oleh Kit Siang untuk bertanding pada PRU 1986.

“Beliau sekali lagi diselamatkan oleh Kit Siang daripada dibuang DAP selepas Tong Him bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 2013 menentang calon DAP di kerusi DUN Kota Laksamana,” kata Guan Eng dalam kenyataan itu.

Bercakap kepada The Star, Tong Him berkata dia keluar parti kerana DAP kini telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.

“Saya komited kepada perjuangan parti itu sebelum kepimpinan (DAP) sekarang menyimpang daripada objektif terasnya.

“Kesetiaan dan komitmen saya adalah untuk parti dan saya bukan seorang yang akan ‘kow tow’ (tunduk) kepada pemimpin-pemimpin parti yang seolah-olah telah lupa permulaan yang sederhana,” kata Tong Him.

Bercakap kepada The Rocket, Tong Him berkata dia terlibat dengan DAP sekitar tahun 1960-an setelah diajak oleh salah seorang pengasas DAP, Lee Ah Meng.

“Ketika remaja, saya telah dipengaruhi oleh perjuangan untuk kesaksamaan dan cita-cita yang sosialisme . Perjuangan DAP, ‘Malaysian Malaysia’ adalah sesuatu yang saya lihat sesuai dengan pandangan saya untuk masyarakat yang sama rata dan adil. DAP ialah pilihan yang tepat untuk saya.

“Pada tahun 1974 dan 1978, saya mula berkempen secara aktif untuk DAP dalam PRU. Walau bagaimanapun, saya masih terlibat dalam kesatuan dan bank.

“Pada PRU 1982, DAP mengalami kekalahan besar apabila pengerusinya Dr Chen Man Hin kalah di kerusi Parlimen Seremban dan ia juga kehilangan lapan kerusi Parlimen lain di Semenanjung Malaysia berbanding PRU 1978.

“Di dalam suasana yang kekalahan dan kepatahan itu, Kit Siang memberitahu kami secara terus terang bahawa DAP mempunyai ramai simpatisme tetapi tidak ada sukarelawan yang cukup untuk membantu perjuangan parti.

“Saya berasa bertanggungjawab untuk DAP. Sebulan selepas PRU 1982, saya menyertai DAP secara rasmi,”katanya.

Advertisements

One thought on “Kit Siang Akhirnya Akui Pemimpin ‘Diktator’ DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s