Rahsia Di Sebalik 4 Wakil Rakyat DAP Keluar Parti

AIDCNews – 21/02/17 –Penganalisis akhbar Cina, Datuk Dr. Cheah See Kian melihat kejadian empat wakil rakyat Melaka meninggalkan DAP sebagai bom jangka masa yang meletup.

Dalam analisis yang diterbitkan dalam Oriental Daily, See Kian berkata kejadian empat wakil rakyat keluar DAP sebagai melengkapkan episod krisis dalaman DAP di Melaka yang berlaku sejak sekian lama apabila Lim Guan Eng (kini Ketua Menteri Melaka) dan isterinya, Betty Chew kalah dalam pemilihan DAP Melaka pada 2005.

“Veteran DAP tidak lagi boleh bersabar apabila pemimpin pusat kecundang dalam pemilihan di peringkat negeri.

“Kebetulannya, Goh Leong San memegang kepimpinan DAP Melaka pada itu, ia merupakan bibit yang mewujudkan keadaan tidak sehaluan antara pusat dan negeri,” katanya.

Empat wakil rakyat yang meninggalkan DAP ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan tiga ADUN Melaka yang lain, Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

See Kian berkata, walaupun Guan Eng berpindah ke Pulau Pinang dan menjadi ketua menteri pada 2008, tetapi hubungan Leong San dengan DAP pusat masih gagal diperbaiki.

Keadaan itu dikeruhkan lagi semasa Pilihan Raya 2013 apabila timbul dua calon DAP dalam satu kerusi, sehingga memerlukan campur tangan Lim Kit Siang.

Penganalisis itu berkata pada awalnya, Leong San dan Tong Him bercadang bergabung tenaga dengan Boo Cheng Hau, pemimpin veteran di Johor, tetapi ADUN Skudai itu tiba-tiba bertukar haluan ke arah DAP pusat.

“Sekarang hanya tinggal Leong San, Tong Him dan kumpulan mereka. Bagaimana mereka boleh menang tanpa platform parti?” soalnya.

Dari kiri; Goh Leong San (bekas Pengerusi DAP Melaka), Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi DAP Johor), Kerk Kim Hock (bekas Setiausaha Agung DAP) dan Sim Tong Him (bekas Pengerusi DAP Melaka)
Dari kiri; Goh Leong San (bekas Pengerusi DAP Melaka), Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi DAP Johor), Kerk Kim Hock (bekas Setiausaha Agung DAP) dan Sim Tong Him (bekas Pengerusi DAP Melaka)

Pada 19 Dis 2005, The Star melaporkan Guan Eng yang baharu dipilih Setiausaha Agung DAP dan isterinya, Betty Chew, ADUN Kota Laksamana yang juga Ketua Wanita DAP Melaka menerima tamparan yang teruk apabila mereka tidak disangka-sangka telah tewas dalam pemilihan jawatankuasa DAP Melaka.

Walaupun sebab-sebab bagi keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku tidak begitu jelas, namun sumber dalaman parti berkata ia merupakan kemuncak persaingan antara bekas ketua negeri Sim Tong Him dan Guan Eng yang perbezaan politik mereka adalah rahsia terbuka.

Seorang pemimpin berkata ini juga boleh menjadi isyarat protes dari penyokong bekas Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock, yang kehilangan kubu kuat parti itu di Kota Melaka pada pilihan raya umum 2004.

Pertelingkahan antara Kim Hock dan Guan Eng sebahagiannya menjadi punca kekalahan itu.

“Keputusan itu hanya menunjukkan bahawa DAP Melaka amat berpecah dan juga bahawa pengaruh Kim Hock dan Tong Him masih ada,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir, Leong San adalah pengerusi baharu, mengambil alih daripada mentornya, Tong Him telah meletak jawatan tanpa bertanding selepas memegang jawatan itu selama 15 tahun.

Pada Feb 2016, AIDC mengupas secara terperinci krisis politik DAP Melaka yang bermula pada tahun 1986 apabila Kit Siang meletakkan anaknya, Guan Eng bertanding di Parlimen Kota Melaka.

kemunculan Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew telah menyebabkan wujudnya dua kepala, iaitu Tong Him Vs Guan Eng dalam mengemudikan DAP Melaka.

Namun, pemenjaraan Guan Eng pada tahun 1998 kerana bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik membuka laluan Tong Him kembali dominan dalam DAP Melaka.

Apabila mahkamah memutuskan Guan Eng bersalah memfitnah Rahim Thamby Chik dan dihukum penjara setahun enam bulan, dia telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dan jawatan dalam parti kerana statusnya bergelar banduan.

Dengan keputusan itu, mahkamah telah membuktikan Guan Eng seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak benar terhadap kata-katanya.

Ekoran Guan Eng hilang status sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, ada gerakan yang diketuai Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin mencadangkan isteri Guan Eng, Betty Chew sebagai calon parlimen pengganti kepada suaminya itu.

Namun cadangan itu ditolak oleh DAP Melaka yang diketuai oleh Sim Tong Him atas alasan nepotisme, sebagai penyelesaiannya, Kerk Kim Hock yang ketika itu berjawatan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP pusat dipilih sebagai calon Parlimen Kota Melaka dan Betty dipilih sebagai calon ADUN Durian Daun (kemudian dikenali DUN Kota Laksamana), Melaka.

Selepas dibebaskan dari Penjara Kajang 25 Ogos 1999, Guan Eng mahu membina semula karier politiknya dalam DAP dengan melalui tapak di Melaka.

Sebagai bekas banduan yang kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan jawatan parti, Guan Eng menghadapi laluan sukar mengilap kembali karier politik.

Selanjutnya, sila baca “Trak Rekod Politik Lim Guan Eng Amat Buruk, Sanggup Bunuh Politik Rakan Sendiri

Goh Leong San (bertanda bulat) pernah membela Betty Chew Gek Cheng (tengah) ketika isteri Lim Guan Eng itu dimalukan dalam DUN Melaka bahawa suaminya, Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang pembantu wanita di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2012. Ketika itu Betty Chew adalah ADUN DAP Kota Laksamana, Melaka.
Goh Leong San (bertanda bulat) pernah membela Betty Chew Gek Cheng (tengah) ketika isteri Lim Guan Eng itu dimalukan dalam DUN Melaka bahawa suaminya, Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang pembantu wanita di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2012. Ketika itu Betty Chew adalah ADUN DAP Kota Laksamana, Melaka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s