“Saya Suka Guan Eng, Kit Siang – Lebih Berakhlak” – Abby Abadi

AIDCNews – 21/02/17 –Bekas penceramah PAS, Abby Abadi mengakui lebih menyukai peribadi kepimpinan DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta menafikan pimpinan anak beranak itu anti-Islam.

“Cuma jujur, Saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Pulau Pinang. Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus,

“Saya tak nampak pun mereka hina ISLAM seperti yang diperbesarkan,” dakwanya dalam Facebook hari ini.

Kenyataan penuh Abby Abadi :

Sy bersyukur dpt bersama Perjuangan PAS Awal HIJRAH tahun 2012 dulu. Banyak perkara yg Sy belajar. Terutama tentang pentadbiran negara.. ALLAH bagi Sy faham jelas berkaitan agama DIA. Waktu tu Sy ada ATGNA tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan ATGNA Sy pahat dlm kepala Sy ni. Ramai jugalah Ustaz/ustazah PAS jadi rujukan Sy waktu tu. Turun naik pentas PAS tanpa henti.

Semua dgn niat jihad, lawan UMNO/BN yg tolak hukum ISLAM & menzalimi rakyat. Segala macam dalil Sy dgr dari Ustaz2 PAS. (Masih kemas tersemat dlm kepala ni) Dari tak faham politik hingga Sy lebih PAS dari ahli PAS yg lain waktu tu. Bangga kesana sini dgn imej PAS.

Lawan UMNO/BN dgn apa cara, pahala jihad kata ATGNA dan Ustaz Ustazah dlm PAS waktu tu.. kena maki caci & fitnah dgn penyokong & cybertrooper UMNo/BN jangan cakaplah.. segalanya dicari salah sampai kening Sy pun bertahun baru nk tutup cerita… tp gagahnya Sy jalan terus sbb Sy yakin dgn perjuangan PAS.

Sampai kena banned terus takleh berlakon. Sy redha. Sy tak kisahpun sbb Sy nk masuk syurga berbanding nk masuk TV hihi.. Kena banned nama juga. takleh gi majlis kerajaan.. mcm2lah. Semua kerana bersama dgn Perjuangan PAS.

Alih2 lepas ketiadaan ATGNA segalanya berubah. Baru betul apa yg ditulis dlm gmbr ni.. makin Sy perasan PAS dah ke lain arah perjuangan mereka. Tetap nk menegakkan syiar ISLAM tp nk bekerjasama dgn UmNO/BN pulak. Drama pulak situ sana sini. Kejap hudud, kejap RUU. Skandal duit lagi. Walhal UMNO/BN yg menolak hukum ISLAM sekian lama & menyalahgunakuasa selama hari ni.

Sy naik pentas PAS pun taktahu dah nak cakap apa. Panel yg bersama maki DAP, maki Amanah je kerja. Ngan UmNO/BN tak lawan dah. Bila Sy makin lama makin menjauh, ikut yg bersama Rakyat, ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, org PAS pulak yg maki hamun sy, konon Sy tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bontot DAP, Khadam DAP & sebagainya…walhal Sy tak baik sangatpun dgn DAP. Gitu2 je.. Ahli2 DAP pun Sy tak kenal sangat.

Sy berbaik je semua yg bersama dgn Pakatan Harapan. Sukati dorg je main tuduh2. Lagi bodoh, bila kita cakap pasal hal negara, ada ahli PAS yg pertikaikan status ‘janda’ Sy. Dia kata diapun taknak kat Sy. Masalahnya Sy nk ke kt dia hahaha.. gila sengal! Lupa tgk cermin agaknya 🙊

Cuma jujur, Sy suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… nampak lebih berakhlak & bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Penang. Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus 👍🏻 Sy tak nampak pun dorg hina ISLAM seperti yg di perbesarkan. Kalau pun dorg tolak Hudud ke, RUU ke biarlah, dah tentu dorg bukan ISLAM (Yg MCA, MIC sekutu UmNO kurang buat buta je?) Yg buat cerita, fitnah maki hamun tu yg jahat sebenarnya. Lagi pulak kalau di kalangan alim ulama, lagi menakutkan. Ada ilmu tp pusing2 cerita. Siapa dia? Fikirlah sendiri ye

Mr Lim Guan Eng/Mr Lim Kit Siang pun takde kuasa. Kalau betul nk hudud, UMNO/BN la Yg patut beri jalan. Takyah pusing fakta la.. memalukan.

PS: Ustaz/Usatzah/ahli PAS ada je yg baik, tp tak kelihatan sangat dah.. yg ke depan semua akhlak ke laut. Mulut jangan cakaplah. Taktahu pulak kalau mcm tu dikira jihad utk dptkan syahid. Sodiihhhh..

Sekian ☺️

Advertisements

2 thoughts on ““Saya Suka Guan Eng, Kit Siang – Lebih Berakhlak” – Abby Abadi

  1. Betul tu Puan Abby Abadi..cuma kepada Mr Lim Kit Siang dan Mr Lim Guan Eng yang begitu baik akhlaknya sahajalah yang kita harus letakkan harapan untuk menjaga serta meninggikan syiar Islam di Malaysia. Tiada pihak lain yang sebaik akhlak mereka yang boleh kita harapkan demi menjaga agama kita.

    Like

  2. mmg la…realitinya abby abadi ni sndiri anak cina …melayu bela…tak caya tanya dia….cina mesti sanjung cina…cina mana nak sanjung bangsa lain kat tanah melayu ni? harktuih…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s