Tamatnya Zaman Kegemilangan DAP, Soal Bekas Editor MerdekaReview

AIDCNews – 21/02/17 –Adakah pengumuman keluar parti empat wakil rakyat DAP; Sim Tong Him (Kota Melaka), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) merupakan petanda sudah tamat zaman kegemilangan DAP, soal Lim Hong Siang bekas editor MerdekaReview.

“Di kalangan parti pembangkang, DAP dilihat paling selesa dilambung ombak tsunami, untuk satu dekad kebelakangan. Bermula dengan gelombang di pilihan raya negeri Sarawak 2006 (dengan lonjakan dari satu kepada enam kerusi DUN), disusuli PRU 12 pada 8 Mac 2008, hinggalah PRU13 pada 5 Mei 2013, DAP berjaya memperbaharui rekod bilangan kerusi parlimen dan DUN yang diperolehnya dalam sejarah, lebih-lebih lagi berjaya mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditunjangi DAP sejak tahun 2008.

“Bagaimanapun, setiap kemuncak kegemilangan bakal menemui titik pusingannya. Loceng amaran pertama berdering selepas DAP kecundang dalam PRK Teluk Intan pada Mei 2014, disusuli dengan kehilangan lima kerusi DUN dalam PRN Sarawak dua tahun selepasnya.

“Tatkala semboyan PRU14 berbunyi dan pembangkang berhempas-pulas mencatur langkah untuk masuk ke gelanggang, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman keluar parti oleh empat orang wakil rakyat DAP Melaka,”kata dalam rencana terbaharu bertajuk “Tamatnya zaman kegemilangan DAP?

Penulis turut menolak dakwaan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai yang mengalu-alukan perletakan jawatan empat wakil rakyat daripada parti itu kerana mereka “sebagai barah dalam parti”.

“Mereka yang mengenali veteran-veteran DAP Melaka ini, sudah tentu tidak bersetuju dengan label “barah” yang dilontar terhadap mereka, sungguhpun tidak menyokong keputusan mereka.

“Untuk mereka yang tahu sejarah pergelutan fraksi dalaman DAP, kejadian keluar parti ini berlaku lantaran konflik antara fraksi yang gagal diselesaikan, menyaksikan pertembungan puak Sim Tong Him (anggota parlimen Kota Melaka) bersama Goh Leong San (ADUN Duyong), dengan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.”

Menurutnya, Tong Him telah menyebut ketidakselesaan mereka terhadap pimpinan DAP kerana telah terpesong dari prinsip perjuangan asal parti khususnya dalam kes kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketidakselesaan terhadap hala tuju perjuangan DAP yang dibangkitkan Sim Tong Him, mungkin meraih persetujuan sesetengah penyokong DAP.

“Mereka terpinga-pinga apabila pemimpin DAP sanggup bekerjasama dengan Mahathir Mohamad, yang selama ini dituduh sebagai diktator dan rasis.

“Mereka tidak berpuas hati, apabila DAP yang selama ini lantang menjuarai hak dan kepentingan bukan Melayu dan non-Muslim, semakin membisu dalam pertikaian yang melibatkan agama dan kaum.”

Menurutnya lagi langkah dwi-standard DAP terhadap Dr Mahathir dan Tong Him menyerlahkan hipokrasi pimpinan DAP dalam berpolitik.

“Bukankah ia double-standard (dwipiawaian) apabila pemimpin DAP membisu ketika ketidakadilan menimpa golongan non-Muslim di tanah air, sebaliknya terpanggil ke depan apabila Muslim di luar negeri ditindas? Inilah antara kritikan yang ditujukan kepada pemimpin DAP.

“Dalam senario sedemikian, pemimpin DAP dituduh menggadaikan prinsip perjuangan asal, semata-mata untuk memikat undi Melayu-Muslim. Keadaan menjadi semakin mengelirukan, apabila DAP mengambil keputusan untuk berdamai dengan diktator pencen, Dr Mahathir Mohamad, yang sehingga hari ini belum memohon maaf atas kerosakan yang dilakukan beliau terhadap institusi dan sistem negara.

“Lebih ironi, mengapa musuh ketat seperti Mahathir Mohamad boleh dimaafkan, sedangkan rakan seperjuangan seperti Sim Tong Him yang mencurahkan 35 tahun untuk DAP perlu dipinggirkan, malah diambil tindakan disiplin sebelum ini?”

Tambahnya, DAP kini berada dalam dilema berkaitan dengan teras perjuangan parti itu, ‘Malaysian Malaysia’ iaitu memperjuangkan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

“Demikian juga dengan DAP. Slogan “Malaysian Malaysia” yang diwarisi daripada PAP (People’s Action Party) sudah dikurangkan penggunaannya sedekad kebelakangan.

“Perlu diingatkan bahawa untuk sekian lama, DAP berjuang untuk menjuarai kepentingan kaum minoriti (terutamanya Cina), menentang hegemoni ketuanan Melayu dan Islam, mendukung nilai kesamarataan.

“DAP yang mendapat sokongan di kalangan masyarakat Cina khususnya, mengecam MCA dan Gerakan kerana terlalu pengecut untuk mempertahankan hak dan kepentingan bukan Melayu dan non-Muslim. Ringkasnya, DAP cuba menggilap imejnya yang lebih berani berbanding MCA dan Gerakan.

“Namun demikian, penonjolan imej DAP sebegini sungguhpun meraih undi di kalangan masyarakat Cina, tetapi mengundang malapetaka untuk rakan sekutunya.

DAP enggan mengulangi perwatakan MCA, tetapi ia ditonjolkan seolah-olah ia “Umno yang mendominasi” dalam Pakatan.

“Keadaan menjadi lebih keruh apabila DAP disamakan dengan Cina, untuk memberi laluan kepada propaganda Melayu PKR dan PAS ditunggang Cina DAP, lantas Cina akan mengambil alih kuasa politik dan ekonomi seandainya Umno tumbang.”

Advertisements

2 thoughts on “Tamatnya Zaman Kegemilangan DAP, Soal Bekas Editor MerdekaReview

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s