Di Sebalik Tabir Kes Rasuah Datuk Mohd Arif & Anaknya

Captain M – 1. “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga” Itulah yang berlaku kepada Datuk Mohd Arif bekas KSU KKLW yang selama ini telah dilaporkan kepada SPRM beberapa kali.

Begitu juga kepada syarikat-syarikat yang membayar rasuah ini. Akhirnya mereka tertangkap. Namun oleh kerana mereka dianggap sebagai saksi penting kes dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) maka biasanya Syarikat yang membayar rasuah akan terselamat. Yang menjadi mangsa ialah KSU dan keluarga mereka jika terlibat. Maka anda tidak akan melihat syarikat yang membayar rasuah dituduh!

2. 21 Februari 2017 Bekas ketua setiausaha KKLW bersama anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di empat buah pulau di Sandakan, Sabah tahun lepas.

3. Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 60 dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan hakim Azura Alwi.Sesiapa ke mahkamah akan dapat melihat bagaimana Datuk Mohd Arif mengusap belakang anaknya menenangkan anaknya di kandang tertuduh.

4. Mengikut pertuduhan Mohd Arif yang ketika itu merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah didakwa bersubahat dengan anaknya secara rasuah menerima suapan wang tunai RM550,000 daripada Pengarah Syarikat Wazlina Sdn Bhd, Mohd Safian Mohd Salleh sebagai upah melakukan suatu transaksi projek dengan KKLW.

5. Transaksi berkaitan melibatkan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid di empat buah pulau terpencil di Sandakan, Sabah secara rundingan terus bernilai RM56,500, 000 (RM56.5 juta) kepada Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club,Jalan Cenderamulia, 23 Ogos 2016.

6. Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di baca bersama Seksyen 28 (1)(c) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh itu diikat jamin RM200,000 setiap seorang dan menetapkan 20 Mac sebagai sebutan semula kes.

Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd?

7. Untuk rekod syarikat Wazlina Sdn Bhd adalah syarikat yang bernaung dibawah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd yang dimiliki oleh En Nordin Bin A.H.Thani (Pengarah & Pengerusi Eksekutif). Sebelum ini tahun 2014 Syarikat WAZLINA SDN. BHD. JV ERAMAZ (M) SDN. BHD. [NO. DAFTAR SYARIKAT: 443348X] mendapat PROJEK BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) SISTEM SOLAR HIBRID SECARA BERPUSAT DI GUGUSAN KAMPUNG SUGUT, NEGERI SABAH SECARA REKA DAN BINA berjumlah RM77,997,134.18 (77.9 juta)

8. Malah Syarikat Eramaz (M) Sdn Bhd sudah memperolehi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 2009 berjumlah hampir RM350 juta sehingga tahun 2006.

9. Persoalannya, syarikat yang tertangkap bayar rasuah kepada Ahmad Zukhairi Mohd Arif dan Datuk Arif KSU tidak melakukan rasuah ke kepada semua projek yang mereka perolehi di KKLW sebelum ini? Mereka tak bayar Rasuah kepada Dato’ Shafie Apdal Menteri KKLW dan Dato’ Ibrahim KSU KKLW sebelum ni ke? Pemilik Syarikat Nordin Thani ni aktif dalam persatuan pengguna Sabah mengenali rapat Shafie Apdal. Bezanya hanya syarikat mereka tertangkap membayar rasuah pada tahun 2016 ketika Mohd Arif sebagai KSU dan Ismail Sabri sebagai Menteri. Mereka hanya meneruskan rasuah dengan Menteri dan pegawai baru sahaja!

SPRM tak pandai cari bukti rasuah dari projek ni kot. Atau masa tu pegawai yang jaga SPRM operasi khas dia banyak tidur atau tutup fail? Pastinya ini bukan kali pertama Eramaz (M) Sdn Bhd membayar rasuah kepada Menteri dan  Pegawai KKLW
SPRM tak pandai cari bukti rasuah dari projek ni kot. Atau masa tu pegawai yang jaga SPRM operasi khas dia banyak tidur atau tutup fail? Pastinya ini bukan kali pertama Eramaz (M) Sdn Bhd membayar rasuah kepada Menteri dan
Pegawai KKLW

10. Apa maksudnya? Syarikat ini tidak berintegriti dan wajar dalam database SPRM juga mana-mana Kementerian dan agensi kerajaan disenarai hitamkan. Mereka gemar memberi rasuah untuk mendapat projek. Jika disemak projek lobi mereka sejak 2009 pasti ditemui pembayaran rasuah mereka kepada pegawai KKLW. Tiada alasan mereka dipaksa atau minta bayar kerana mereka sebenarnya bersubahat. Ada banyak syarikat seperti ini namun mereka biasanya selamat dan penerima rasuah atau penjawat awam pasti menjadi mangsa utama. Para penjawat awam beringat ketika dituduh syarikat akan menjadi saksi untuk mensabitkan anda bersalah.

11. Selepas ni syarikat ini kekal bebas. Siapa pula Menteri dan pegawai bakal jadi mangsa mereka? Kisah seperti ini bukan baru. Captain M dah paparkan sebelum ini tapi apa SPRM boleh buat?

[Baca sini:] MENGAPA SPRM MENANGKAP KSU KKLW BARU? SEDANGKAN SHAFIE APDAL, KSU LAMA DAN PEGAWAI KKLW LEBIH RASUAH DAN KAYA RAYA DIBIARKAN!

12. Banyak projek KKLW bawa Shafie Apdal dulu bermasalah. Belanja ratusan juta projek gagal. Komisen Shafie Apdal rembat. Projek Paip Pulau Gaya RM100 gagal dan dalam perhatian PAC, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna (Pulau Pebabag), Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi dan banyak lagi gagal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s