Gadis Melayu Jual Maruah Jadi Topeng DAP

topengMalayan News – Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menyatakan bahawa tindakan gadis melayu masuk DAP tidak memberikan kesan kerana Parti DAP adalah platform orang Cina.

Adakah dalam pimpinan DAP, tidak wujud orang Melayu? Sebaliknya mereka menonjolkan gadis-gadis Melayu yang cun seolah-olah tidak wujud gadis-gadis Cina dalam parti yang boleh ditonjolkan. DAP memperdayakan anak muda, DAP menggunakan gadis Melayu untuk menjadi topeng kepada wajah bahaya perjuangan Parti DAP terhadap kedudukan Melayu dan agama Islam.

Syefura Othman mengakui beliau menjadi ahli seumur hidup DAP. Syefura menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang ‘cool’ dan bersifat terbuka dan sebab itulah Syefura tertarik untuk bersama-sama dengan parti DAP. ‘Cool’ DAP yang dimaksudkannya itu benar-benar menggambarkan betapa jahilnya beliau dengan perjuangan DAP.

Dyana Sofya Mohd Daud juga menyertai DAP pada tahun 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke- 13 yang lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13.

DAP sudah berjaya memperdaya anak-anak Melayu. Anak-anak Melayu pada masa sekarang tidak memahami sejarah Melayu, agama Islam di Tanah Melayu, perjuangan terdahulu dan kontrak sosial yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya anak-anak Melayu faham sudah pasti mereka tidak menyertai dan berjuang dalam DAP.

Sebelum ini sekiranya kita melihat lambang roket DAP kita akan faham perjuangan Sosialis dan konsep Malaysia Malaysia parti berkenaan, tetapi kini sudah sampai ke tahap ada anak gadis Melayu, rasa ‘cool’ dan sanggup berjuang dalam parti berkenaan. Gadis-gadis ini akan diusung ke sana ke maru oleh pemimpin DAP untuk mempromosikan mereka bagi menggambarkan ia imej mesra Melayu dan Islam. Begitu rapuh jati diri anak Melayu pada masa kini.

Hakikatnya Syefura, Dyana Sofya adalah gadis-gadis Melayu yang sanggup menjual maruah bangsa Melayu hanya kerana mahu mengejar DAP semata-mata. Semuanya dilakukan demi mencapai kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri. Bukannya mereka mahu memperjuangkan nasib orang Melayu.

Advertisements

2 thoughts on “Gadis Melayu Jual Maruah Jadi Topeng DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s