PAN Yang Akan Berpecah, Bukan PAS – Dr Zuhdi

Saya dimaklumkan tentang kenyataan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, di dalam Malaysiakini bahawa ‘PAS akan berpecah beberapa bulan lagi’. Saya menegaskan PAS hari ini berada dalam situasi yang paling solid.

Malah boleh saya sebutkan sepanjang saya terlibat dengan PAS sebagai pimpinan Pemuda PAS hampir 20 tahun lalu sehingga hari ini sebagai AJK PAS Pusat, situasi hari ini adalah yang paling utuh berbanding dengan era lalu.

Ia disebabkan kesemua pimpinan dan ahli PAS benar-benar memahami dasar dan matlamat parti, iaitu mendaulatkan keadilan Islam bagi menggantikan sistem yang zalim.

Selain daripada itu, PAS menjadi utuh disebabkan golongan yang bermasalah sudah keluar dari PAS menyertai PAN dan PKR. Golongan yang bermasalah ini sebenarnya tidak memahami dan menghayati dasar dan matlamat Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sebaliknya mereka hanya bermatlamat untuk menjatuhkan UMNO.

Bagi mereka sesiapa sahaja boleh mendominasikan pemerintahan negara terutama DAP untuk menggantikan UMNO, sedang menurut Islam kezaliman yang paling besar ialah syirik dan kafir.

Saya melihat kenyataan Salahuddin ini cuba untuk mengalihkan perhatian umum terhadap perpecahan yang semakin ketara di dalam PAN. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN, iaitu kumpulan Haji Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada IKRAM (sebuah NGO Islam).

Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN akan membuat pemilihan pimpinan-pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui Muktamar atau Mesyuarat Agung.

Berbeza dengan PAS, ia akan melangsungkan Muktamar yang melibatkan pemilihan pimpinan baru pada bulan April ini. Mesyuarat Agung di peringkat cawangan dan kawasan sedang berlangsung.

Dilaporkan kesemua Mesyuarat Agung yang telah dilangsungkan, berada dalam keadaan yang sangat harmoni dan dalam suasana ukhuwah Islamiyah yang cukup tinggi. Keharmonian dan suasana persaudaraan inilah yang menyebabkan PAS berjaya menghantar ratusan ribu ahli menyertai Himpunan 355 (H355) yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam Sabtu lepas.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

22 Februari 2017
25 Jamadilawal 1438

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s