MB Selangor Perlu Jawab Isu Salah Guna Dana SMUE & YAWAS

azminMenteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh sekadar berdiam diri dan memeluk tubuh sahaja atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE), ini kerana dakwaan tersebut melibatkan jumlah dana yang besar dan wang rakyat.

Azmin perlu menjawab tiga soalan utama berkaitan dana SMUE dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor kerana rakyat perlu tahu kebenarannya. Dokumen yang didedahkan mengundang kepada tiga persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu menjelaskan benar atau tidak RM10 juta diseleweng dari dana warga emas, SMUE dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang ahli parlimen pembangkang.

Azmin juga perlu menjawab dan menerangkan dari mana sumber RM10 juta ini diperolehi dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang dimasuk dalam akaun sembilan orang ahli parlimen itu digunakan. Apakah benar diguna untuk tujuan kebajikan warga emas dan khairat kematian negeri Selangor atau sebaliknya?.

Lebih dari itu, laporan ketua audit negara pada 2011 merumuskan program di bawah Yawas ini meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara ini. Ini bermakna, biarpun ditegur oleh laporan audit negara, YAWAS terus beroperasi tanpa SOP dan dokumen yang lengkap sehingga ke tahun ini.

Ini adalah satu perkara serius dan perlukan penjelasan yang lanjut daripada kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali di Selangor kerana rakyat negeri itu sedang terpedaya dengan mimpi indah SMUE dan YAWAS – Dilemma Pembangkang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s