PPBM Mahu Jalin ‘Pakatan Pilihan Raya’ Dengan PAS – Mukhriz

mahathir-muhyiddin-mukhrizPORT DICKSON – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.

“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya)”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama empat hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s