Bajet Kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang Untuk Hal Ehwal Islam Jatuh 60 %

angka
AIDCNews – 24/02/17 –Bajet Kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang untuk hal ehwal Islam di negeri itu jatuh 60 peratus pada tahun 2017 berbanding dengan 2008, dedah wakeupmalaya.com.

“Pada tahun 2008, peratusan adalah 9.03%. Ini jatuh kepada 6.55% pada tahun 2015.

“Malah, sejak kemenangan besar DAP pada PRU13 dan sejak PAS kehilangan suara mereka dalam kerajaan Pulau Pinang kerana berselisih faham dengan DAP di mana DAP memecat semua ahli-ahli PAS dari Kerajaan negeri, jumlah yang diperuntukkan telah sama ada telah menjadi statik atau jatuh.

“Dalam Bajet Pulau Pinang 2017, peratusan ini akan jatuh lebih ketara di mana peruntukan untuk Hal Ehwal Islam jatuh kepada RM49.37 juta berbanding peningkatan bajet perbelanjaan operasi tahunan Pulau Pinang sebanyak RM1.35 bilion – atau hanya 3.66%.

“Ini bermakna sejak tahun 2008, peratusan perbelanjaan kerajaan yang dibelanjakan untuk Hal Ehwal Islam daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan Pulau Pinang telah menurun 60% daripada hanya di atas paras 9% kepada 3.66% pada tahun 2017 – walaupun perbelanjaan tahunan kerajaan Pulau Pinang meningkat hampir 5 kali ganda sejak tahun 2008,”dedahnya.

Wakeupmalaya.com turut memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laporan thesundaily.my yang menyatakan bajet untuk Pejabat Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017 meningkat secara mendadak berbanding dengan tahun sebelumnya.

Laporan itu menyebut Bajet 2017 yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan RM707,611,840 telah diperuntukkan ke Pejabat Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 2017 berbanding hanya RM161,588,160 yang diperuntukkan pada 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s