Hanya Satu Jalan Keluar Bagi Penentang Dinasti Lim-Keluar Parti Atau Dipecat

limAIDCNews – 24/02/17 –Bagi penentang Dinasti Lim hanya satu jalan keluar untuk mereka kecuali hanya boleh memilih sama ada bersedia secara sukarela keluar parti atau bersedia untuk dipecat parti.

Walaupun DAP bermaksud Parti Tindakan Demokratik, namun tiada jalan keluar secara ‘demokratik’ kerana semua sistem parti telah direkayasa sejak dari tahun 1969 untuk memperkukuhkan Dinasti Lim.

Tiga jawatan penting, iaitu Pengerusi, Setiausaha Agung dan Pengerusi Disiplin Parti, semuanya dicengkam oleh Dinasti Lim dan konco-konconya.

Pengerusi DAP Kebangsaan

Konco tegar Lim Kit Siang, Tan Kok Wai telah dilantik sebagai Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan.

Jawatankuasa Tertinggi DAP pusat (CEC) tidak pernah membincangkan untuk mengesahkan Kok Wai sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan, sebalik kekal berstatus sebagai pemangku selama hampir empat tahun selepas bekas Pengerusi DAP Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya di Perak pada 17 April 2014.

Jawatan ‘Pengerusi DAP Kebangsaan’ seolah-olah sengaja disimpan untuk seseorang dari Dinasti Lim yang sedang menunggu.

Ia seperti mengulangi episod pada tahun 2004, di mana Kit Siang ketika itu berjawatan Pengerusi DAP didakwa memain peranan menangguhkan pemilihan parti bagi memastikan anaknya Lim Guan Eng benar-benar boleh menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP.

Pemilihan DAP yang sepatutnya diadakan awal 2004 telah ditangguhkan sehingga September 2004 yang bersamaan dengan tarikh Guan Eng bebas daripada hukuman tidak boleh memegang apa-apa jawatan selepas berstatus banduan kerana bersalah memfitnah bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Setiausaha Agung DAP

Guan Eng yang kini memegang jawatan Setiausaha Agung DAP lebih 10 tahun sejak dari September 2004 tidak lagi berpeluang untuk untuk memegang jawatan itu kerana perlembagaan parti dipinda yang menyatakan seseorang tidak boleh memegang sesuatu jawatan lebih daripada tiga tahun.

Pada 12 Julai 2016, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengumumkan Guan Eng tidak boleh lagi memegang jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tempoh dia memegang jawatan itu sudah lebih daripada tiga tahun.

Namun, katanya, Guan Eng masih boleh bertanding dalam CEC dan memegang jawatan lain, kecuali Setiausaha Agung DAP.

“Ia bukan satu persoalan meletak jawatan. Dia (Guan Eng) masih boleh bertanding dalam CEC. Di bawah perlembagaan parti, Setiausaha Agung hanya boleh berkhidmat selama tiga penggal. (Guan Eng) boleh berkhidmat di mana-mana jawatan lain (selepas itu), “katanya.

Anthony kemudian memberitahu bahawa DAP telah menangguhkan pemilihan parti pada pertengahan tahun 2018 yang dijangka selepas PRU 14.

Pengerusi Disiplin DAP

Sekali lagi jawatan Pengerusi Disiplin DAP disandang oleh konco Dinasti Lim, Tan Kok Wai.

Kok Wai kini sudah memegang jawatan itu selama tujuh tahun yang disandangnya sejak dari tahun 2010.

Ini bermakna, Kok Wai memegang dua jawatan penting DAP secara serentak iaitu Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi Disiplin parti.

Sikap berpihak Kok Wai kepada Dinasti Lim yang melampau menyebabkan dia disaman di mahkamah oleh bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jenice Lee mendakwa pada 23 April 2013, iaitu pada hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Kok Wai telah mengadakan sidang media menuduhnya semasa menjadi ADUN Teratai telah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Jenice Lee berkata, kenyataan itu telah menghancurkan kedudukan, kewibawaan, integriti dan reputasinya secara peribadi dan dalam arena politik.

Kit Siang Akhirnya Akui Pemimpin ‘Diktator’ DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s