Hudud : Abby Abadi Lebih Percaya Penjelasan Kit Siang Daripada Ulama PAS


AIDCNews – 24/02/17 – Bekas penceramah PAS, Abby Abadi lebih percaya penjelasan penasihat DAP, Lim Kit Siang berbanding dengan ulama-ulama PAS berkaitan dengan hudud.

Pendirian itu dizahirkan melalui tindakan Abby melampirkan satu rakaman video berkenaan penjelasan Kit Siang berkaitan dengan hukum Islam itu.

“Cuba dengar dan fahamkan,”kata Abby sambil melampirkan rakaman di bawah.

Dalam rakaman yang berdurasi lebih 6 minit minit penjelasan Kit Siang berkaitan hudud mendominasi kandungan rakaman tersebut.

Malah dalam rakaman itu, Kit Siang digambarkan memiliki ‘ilmu Islam’ melebihi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Syeikh Dr Yusof Al Qardawi.

Dr Asri dan Al Qardawi digambarkan hanya penyokong kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Kit Siang.

“Berhentilah salahkan orang itu taknak hudud, orang ini tolak RUU, orang itu kafir, orang ini munafikk…

“Banyak perkara penting lagi yang perlu beri perhatian dan keutamaan untuk perbaiki sistem dalam Malaysia ni #ISLAM #RahmatUntukSemua,”kata Abby yang kini merupakan penyokong PAN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s