Kenapa Penjaga Dua Kota Suci Pilih Najib Tidak Mahathir

1. Penjaga Dua Kota Suci (Khadim al-Haramain asy-Syarifain), merupakan sebuah istilah bersejarah yang diberikan kepada para Sultan Ayyubiyah, para Sultan Mesir Mamluk, dan para Sultan Uthmaniyah. Istilah ini digunakan kembali oleh para raja Arab Saudi.

2. Sehebat gelarannya, begitu juga besar darjat, berkat dan fungsinya, yang menggambarkan peranannya sebagai pelindung tanah suci umat Islam, iaitu Mekkah dan Madinah. Di mana di dalamnya terdapat dua masjid paling suci bagi umat Islam, yakni Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

3. Gelaran ini bersifat turun temurun dan kerabat yang terpilih sahaja akan dimahsyurkan sebagai Penjaga Dua Kota Suci, bertepatan dengan kesucian, keberkatan, kehebatan, kekuasaan dan kemuliaan seseorang itu dengan Mekkah dan Madinah.

4. Ini bermakna, bukan calang-calang manusia dapat mewarisi tanggungjawab itu kerana bagi agama Islam, kita sedia maklum bahawa tiada tempat paling berkat dan suci di muka bumi ini melainkan dua kota berkenaan yang merupakan peninggalan penuh sejarah dari Rasulullah SAW dan para Anbiya’ sebelumnya.

5. Di zaman sekarang, Penjaga Dua Kota Suci adalah dipertanggungjawabkan keatas Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, merupakan Putera yang amat disegani oleh 4,000 orang Putera Raja keluarga Al Saud. Raja Salman juga amat berpengaruh dalam bidang media cetak di negara berkenaan.

6. Setanding dengan kedudukannya yang tinggi di sisi agama Islam dan kuasa dunia, Raja Salman bukanlah seperti mana-mana pemimpin negara lain yang berurusan diplomasi seperti biasa. Hal ehwal urusan diplomasi melibatkan negara berkenaan adalah di bawah kawalan yang tinggi apatah lagi sekiranya ia melibatkan Raja Salman sendiri.

7. Ada kita nampak wajah Raja Salman selalu bertemu dengan ketua-ketua negara atau kerajaan seluruh dunia? Ada, tapi amat jarang sekali. Itupun mungkin di istana baginda sendiri di Arab Saudi, dan bukan di luar negara. Adalah biasa jika ketua-ketua negara atau kerajaan menghadap Baginda di istana, tetapi adalah sedikit ‘luar biasa’ jika mahu melihat Baginda turun ke negara-negara lain dengan terpaksa Baginda meninggalkan amanah terbesarnya iaitu Penjaga Dua Kota Suci.

8. Namun, 26 Februari 2017 ini negara kita Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang paling bertuah dan mungkin berkat, sehingga mampu menggerakkan hati dan keinginan Baginda Raja Salman untuk datang menjejakkan kaki ke sini.

9. Apa yang menarik, ia dilakukan selepas 47 tahun yang lalu dimana pada ketika itu (1970), Raja Faisal yang memegang takhta Penjaga Dua Kota Suci mencemar duli hadir ke lawatan rasmi di Malaysia. Semasa itu, negara kita di bawah pemerintahan ayahanda Tun Abdul Razak Hussein. Manakala lawatan rasmi kedua pula dilakukan oleh Raja Abdullah, iaitu 35 tahun selepas lawatan pertama (2005).

10. Semasa pemerintahan paling lama dalam sejarah negara kita di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah sekali Raja Arab Saudi sudi datang menjenguh negara kita. Kenapa ya boleh jadi begitu? Walaupun mentadbir negara selama 22 tahun, namun tidak timbul sedikit pun minat buat Penjaga Dua Kota Suci untuk datang.

11. Hanya ketika Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri inilah baru Penjaga Dua Kota Suci sudi melakukan lawatan rasmi. Adakah ini secara kebetulan? Harus diingat, segala tindak tanduk Penjaga Dua Kota Suci bukanlah berlaku secara kebetulan atau sesuka hati begitu sahaja. Selain terdorong dari keimanan Baginda sendiri, ia juga ditentukan oleh kebijaksanaan, kehebatan, kekuatan dan pengiktirafan dunia ke atas pemimpin negara yang menjadi destinasi lawatan tersebut.

12. Maka jelas kepada kita Najib bukanlah seperti yang dimomokkan oleh segelintir pembangkang di negara ini. Kepimpinan Najib diiktiraf bukan sahaja dari negara-negara kuasa besar utama seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, Jepun dan lain-lain, malah Penjaga Dua Kota Suci dalam Islam juga turut memandang Najib seorang pemimpin terulung dunia.

13. Ini bertepatan dengan kajian menunjukkan bahawa Najib adalah pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia seperti yang pernah didedahkan portal Tv14 sebelum ini. Maka, berdasarkan ini, kita boleh mengetahui akan hakikat siapa dan dimana kedudukan Najib yang sebenar.

14. Sebagai rakyat Malaysia yang waras dan tidak mudah termakan dengan propaganda jahat pembangkang di negara sendiri, kami mengalu alukan kedatangan Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia dengan harapan ia memberi sebuah lembaran baharu kepada hubungan diplomasi antara dua negara ‘Harimau Islam’ di dunia ini. Sesungguhnya, kami amat berbangga dan berlapang dada dengan kehadiran Raja Salman ke Malaysia dan memilih untuk datang semasa pemerintahan Najib Razak, sekali gus tidak ingin datang dikalamana Mahathir memerintah Malaysia. AllahuAkbar! – tv14.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s