Akar Umbi Desak PAS Putuskan Hubungan Parti Ada Kaitan DAP & PAN

panAIDCNews – 25/02/17 –Sekumpulan akar umbi PAS Selangor hari ini menghantar memorandum kepada kepimpinan PAS bagi mendesak parti itu memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang ada kaitan dengan DAP dan PAN.

“PRU14 (pilihan raya umum ke-14) hampir tiba. Sebagai petugas parti kami berasakan sudah sampai masanya PAS berdiri tanpa diganggu oleh parti lain yang sarat dengan masalah keperibadian serta ketamakan kuasa yang agak melampau.

“PKR juga wajar diambil perhatian kerena mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan.

“Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mulai dirasai,” kata Nasiruddin Mohamed yang mengetuai penyerahan memorandun di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum tersebut diterima Ketua Penerangan PAS pusat, Nasrudin Hassan yang juga anggota parlimen Temerloh.

Pada penyerahan memorandum itu kumpulan terbabit membawa sepanduk memaparkan wajah pemimpin utama Pakatan Harapan dan PPBM.

Sepanduk wajah Lim Kit Siang, penasihat DAP dengan kenyataan: “Musuh Melayu/Islam (Rasis); Sepanduk Presiden PPMN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ayat iringan “Punca Rumah Tangga Aku Hancur”; Sepanduk Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ditulis “Kepala Perompak Negara” dan sepanduk Presiden PAN, Mohamad Sabu pula bertulis “Pengkhianat Parti”.

pkr

Sementara itu Nasrudin yang ditemui pemberita berkata apa yang dibangkitkan oleh akar umbi PAS Selangor itu akan diputuskan dalam muktamar PAS di Kedah pada April ini.

“Sememangnya PAS telah mempunyai satu keputusan yang jelas kita tidak ada lagi hubungan dengan DAP dan PAN.

“Ada pun parti-parti lain itu masih dalam perkiraan, pertimbangan dan penelitian teliti daripada pihak PAS terutamanya apa yang disebut presiden ia mungkin akan dibincangkan dalam muktamar PAS yang akan berlangsung pada 28 April depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata sehingga kini PAS masih berbincang sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan PPBM atau tidak.

“PPBM ini parti baru yang belum ada apa-apa hubungan jadi kita tak boleh samakan dengan PKR yang kita dah meterai (kerjasamanya) lama dulu dan hanya perlu semakan untuk teruskan atau tidak.

“Itu terpulang kepada muktamar dan Majlis Syura Ulamak,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s