PAS Kekal Tiada Kerjasama Dengan PAN & DAP

ahmadKOTA BHARU – PAS kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata PAS tidak mempunyai masalah berada satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), walaupun tiada keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu setakat ini.

“Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan PBBM tetapi sekadar untuk berkongsi satu pentas ia tiada halangan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ahmad juga berkata PAS akan terus memantau anggotanya agar tidak terpengaruh dengan PAN, sebuah parti serpihan PAS.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program berbasikal itu sebagai antara kaedah bagi mengurangkan tekanan kerja selain memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terpelihara – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s