Setiausaha Agung PKR Sahkan Wujud Rundingan Pembahagian Kerusi Tanpa PAS

AIDCNews – 25/02/17 –Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM tanpa melibatkan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Saya mewakili PKR dalam jawatankuasa perundingan kerusi, Datuk Seri Mukhriz mewakili Bersatu, Salahuddin mewakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

“Kami menghadapi suasana (rundingan) yang cukup mesra dalam melihat 222 kerusi parlimen ini kita nak agih pada parti mana. Insya-Allah, sebelum pilihan raya, kita dapat selesaikan agihan kerusi dengan baik,” ujarnya pada ceramah perdana anjuran PAN di Parlimen Pokok Sena semalam.

Ceramah anjuran PAN turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar,lapor Malaysia Dateline.

Mahfuz berkata PAS perlu berjiwa besar untuk melakukan pusingan U dengan menghentikan permusuhan terhadap PAN dan DAP jika tidak parti Islam itu akan menerima padah pada PRU 14 nanti.

“Kalau PAS buat ‘U-turn’ terima Amanah, terima DAP, orang akan lihat inilah pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. Itulah berjiwa besar.

“Jika tidak dilakukan, rakyat akan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.

Dua hari lepas, BNBBC.my melaporkan Pakatan Harapan dan PPBM telah merancang membuat pembahagian kerusi di Selangor tanpa PAS.

“Menurut sumber kepada BNBBC.my news portal, pembahagian tersebut telah dipersetujui bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

“Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu,”lapornya.

Menurut BNBBC.my news, pembahagian kerusi di Selangor adalah; PKR (18), DAP (15), PAN (14) dan PPBM (9)

“Daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 56 DUN dan tidak mempunyai baki langsung yang ditinggalkan untuk PAS.

“Ia sekaligus menjadikan PAS mungkin disisihkan daripada gabungan blok pembangkang tersebut dan Pakatan Rakyat bukan hanya tidak wujud di negeri lain malah gabungan pakatan di Selangor itu antara PKR, DAP dan PAS turut hancur di negeri itu.

“Selain itu, daripada maklumat tersebut ia juga menunjukkan PKR tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PAS,”lapornya lagi.

Advertisements

2 thoughts on “Setiausaha Agung PKR Sahkan Wujud Rundingan Pembahagian Kerusi Tanpa PAS

  1. “Kalau PAS buat ‘U-turn’ terima Amanah, terima DAP, orang akan lihat inilah pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. Itulah berjiwa besar.”

    Begitu rupanya definasi Berjiwa Besar oleh Mahfuz…kasihan..

    Like

  2. jangan pandang remeh pada PAS… jangan cakap besar la pakatan haprak… tunggu je PRU14… sape yg terima padah… PAS atau PKR atau PAN atau PPBM….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s