Mahfuz Omar Dipecat Yang Dipertua PAS Pokok Sena

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.

Gesaan itu dilontarkan Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salam sambil menambah, Mahfuz tidak perlu terikat dengan sumpah bai’ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.

“Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan PAS, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli,” katanya dalam sidang media semalam.

Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Februari hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.

Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.

Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.

“Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan PAS dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.

“Sebagai anggota parlimen yang menang kerana kerja keras peringkat kawasan dan cawangan, dia sepatutnya patuh pada keputusan parti. Sepatutnya pemimpin yang tiada integriti tidak layak duduk dalam PAS,” katanya.

Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin PAS.

Malah bekas naib presiden PAS itu juga sering dilihat berada sepentas dengan parti pembangkang yang tidak ‘selari’ dengan PAS seperti Amanah – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s