PH & PPBM Bincang Agihan Kerusi Tanpa PAS Esok

saif1

AIDCNews – 27/02/17 –Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertemu esok bagi membincangkan pengagihan kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata pertemuan itu akan diadakan di pejabat PAN, Kuala Lumpur.

“Buat masa ini 4 sahaja, kita jalan terus.

“Lepas ini kita nak selesaikan manifesto, jawatankuasa bersama dah ada, kemudian kita nak bincang strategi bersama, mesej bersama dan program bersama,”katanya kepada FMT.

Saifuddin berharap persefahaman dan kerjasama yang jelas membabitkan PH dan PPBM dapat diwujudkan.

“Apa isi kandungan persefahaman? Kita nak masuk pilihan raya ke-14, nak lawan Umno-BN secara istiqamah dan jatuhkan mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baru di Malaysia.

“Kerjasama dan persefahaman mestilah sebelum dan selepas pilihan raya. Ini persefahaman yang kita kena muktamadkan,” tegasnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s