Fitnah : Rahim Thamby Chik Saman Mat Sabu

AIDCNews – 28/02/17 – Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik memfailkan saman fitnah terhadap Presiden PAN Mohamed Sabu (Mat Sabu) kerana mendakwa beliau merogol seorang perempuan bawah umur pada 1994.

Rahim yang memfailkan saman awal bulan ini dengan menuntut RM1.5 juta daripada Mat Sabu berkata dakwaan itu tidak benar kerana beliau tidak pernah didakwa untuk kesalahan itu.

rtc

Pada 1 Julai tahun lepas, Mat Sabu, membuat kenyataan memfitnah Rahim kepada orang ramai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Mat Sabu membuat tuduhan itu ketika berucap dalam himpunan membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh SPRM atas dakwaan salah guna kuasa korupsi.

Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam itu, Mat Sabu berkata apa yang menimpa Guan Eng merupakan ulang tayang episod sama seperti berlaku pada 1998.

Beliau mendakwa Guan Eng tidak bersalah kerana mempertahankan mangsa tetapi telah dipenjarakan.

“Apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng ini hanyalah siaran ulangan…dulu yang buat jahat Ketua Menteri Melaka. Rogol budak Melayu. Lim Guan Eng bela. Lim Guan Eng masuk jel,” kata Mat Sabu.

Rahim berkata kenyataan Mat Sabu itu berniat jahat yang bertujuan merendahkan kehormatan dirinya dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata kenyataan itu juga bermakna siasatan tidak dijalankan dengan sewajarnya dan beliau telah mengatasi undang-undang.

rahim

Sebelum ini, AIDCNews pernah mendedahkan Guan Eng dipenjarakan pada tahun 1998 kerana bersalah menyebarkan berita palsu secara bercetak yang didakwa di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta Hasutan 1948.

Ia bukannya mahu membela gadis Melayu sebagaimana yang cuba dipotretkan, tetapi lebih kepada memburuk-burukkan Rahim dengan tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Pada 1998, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Gopal Sri Ram berkata, “Sudah tiba masanya mahkamah ini menghantar mesej yang jelas yang ia tidak lagi boleh bertolak ansur ke atas serangan terhadap badan kehakiman.” http://www.limkitsiang.com/archive/1998/April98/sg985.htm

(Menariknya, bertahun kemudian, Gopal Sri Ram menjadi ketua pembelaan Anwar untuk kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan pada awal tahun 2015 – yang beliau kalah dan Anwar ke penjara)

Kemungkinan kerana tidak gembira dengan serangan terus-terusan oleh Lim Guan Eng dan peguamnya terhadap Mahkamah, Gopal telah menaikkan hukuman dari denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan.

Dan Lim Guan Eng pun ke penjara. Tetapi bukan untuk 36 bulan.

Selepas beberapa siri rayuan, Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Beliau, bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.

Maka, Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan kemarahan orang ramai.

Selanjutnya, sila baca “Lim Guan Eng Pernah Masuk Penjara Kerana Berbohong & Fitnah” dan “Trak Rekod Politik Lim Guan Eng Amat Buruk, Sanggup Bunuh Politik Rakan Sendiri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s