Pakatan Harapan Ada Formula Lain Di Selangor- Setiausaha Agung PKR

AIDCNews – 28/02/17 – Meskipun rundingan pembahagian kerusi dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN tanpa kehadiran PAS, namun pakatan pembangkang itu mempunyai formula lain khusus untuk negeri Selangor, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

“Kami (PH) ada formula (di Selangor)..Formula tak boleh dikongsi (kepada umum),” kata Saifuddin kepada pemberita selepas tamat mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan di ibu pejabat PAN, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana PH yang tidak dianggotai PAS akan menyelesaikan masalah pembahagian kerusi di negeri Selangor yang sekarang ini turut dianggotai PAS.

Mesyuarat pembahagian kerusi itu telah dihadiri oleh Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan); Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan); Anuar Tahir (Setiausaha Agung PAN); Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya PAN pusat); Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR/ Pengarah bersama Pilihan Raya PKR pusat); Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR/Pengarah bersama Pilihan Raya PKR pusat) dan beberapa pemimpin lain.

Bagaimanapun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak menghantar wakil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s