Saya Geram Dengan PKR Mudah Percaya Isu Fitnah RM90 Juta – Mohd Amar

AIDCNews – 28/02/17 – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beliau kadang kala geram dengan sikap ahli-ahli PKR yang mudah percaya dengan fitnah parti Islam itu menerima RM90 juta yang dilemparkan oleh Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS menolak kes salah laku liwat penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim walaupun dua kali telah disabitkan di mahkamah, namun sebaliknya ahli-ahli PKR terus mempercayai dakwaan ‘PAS terima RM90 juta’ walaupun tanpa bukti dan tidak dibicarakan di mahkamah.

“Saya kadang kala geram juga dengan orang PKR. Datuk Seri Anwar ini dua kali disabit di mahkamah atas kesalahan liwat. Kita (PAS) tidak percaya. Kes itu telah disabitkan di mahkamah, kita masih tidak percaya.

“Tiba-tiba awak (PKR) boleh percaya orang tuduh ‘PAS ini makan duit UMNO RM90 juta’ dengan tidak ada bukti. Munasabah kah ?, soalnya dalam satu ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu pada 25 Februari lalu.

Mohd Amar berkata dakwaan yang dibuat oleh Husam berhubung isu RM90 juta itu sewajarnya ditolak kerana tidak logik dan Husam sendiri merupakan saksi yang tidak kredibel kerana telah dikenali sebagai pembohong dalam kes-kes lain sebelum ini.

“PAN ini kalau orang faham, dia hidup dengan fitnah. Seperti contoh kes RM90 juta, sampai dikeluarkan cek dalam internet. Cek itu pula tidak ada tanda tangan. Tahun 2012.

“Macam mana cek yang tidak ada tangan, orang boleh memasukan duit dalam akuan. Tidak masuk akal.

“Lepas itu orang yang tukang sampaikan dakwaan itu adalah orang yang biasa berbohong. Macam mana kita boleh percaya,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s