Tian Chua Yakin PAS Akan Kembali Ke Pangkuan PH-PPBM Pada Saat Akhir


AIDCNews – 28/02/17 – Naib Presiden PKR, Tian Chua yakin PAS akan kembali semula ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM pada saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menurutnya, pertembungan antara DAP dan PAS hanya kerana mahu menjaga maruah parti masing-masing, namun secara realitinya PH masih memerlukan PAS dan ketika itu DAP dijangka merendahkan egonya untuk menerima kehadiran parti Islam itu.

“Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan PAS semata-mata untuk menjaga maruah masing-masing.

“Dari segi realitinya, Pakatan Harapan masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan kepada BN,” kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press.

Tambahnya, faktor kewujudan PPBM juga menyebabkan ego PAN akan tercabar dan ia juga merupakan penyumbang penyertaan semula PAS ke dalam blok pembangkang itu.

Tian Chua berkata, ketika itu PAN akan meminta pertolongan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya bagi menyaingi kekuatan PPBM.

“Sebelum ini, DAP dan Amanah yakin dengan kemampuan mereka untuk menggugat kekuatan PAS. Tetapi selepas Bersatu ditubuhkan, kekuatan Amanah agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan PAS boleh dikatakan sudah tertutup.

“Amanah ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan Bersatu. Oleh itu, tidaklah mustahil Amanah barangkali akan bekerjasama semula dengan PAS,” jelas Tian Chua.

Sementara itu, mesyuarat pembahagian kerusi PH untuk PRU 14 yang diadakan di pejabat PAN hari ini gagal mencapai keputusan muktamad apabila PPBM tidak menghantar wakil.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang ditemui media berkata, mesyuarat hari ini menampakkan kemajuan walaupun tanpa wakil PPBM.

“Kita harus mengambil kira banyak perkara kerana setiap negeri itu mempunyai dinamik yang berbeza. Bagaimanapun, mesyuarat hari ini dapat mencapai pelbagai kemajuan.

“Antaranya yang dipersetujui ialah untuk meletak beberapa parameter atau asas sesuatu kerusi itu untuk dituntut seterusnya menjadi panduan bagi sesuatu parti untuk menuntut kerusi tertentu,” kata Saifuddin.

Mengenai ketidakhadiran wakil PPBM, Saifuddin berkata, daripada komunikasi terakhir antara beliau dengan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa partinya masih memerlukan masa untuk menentukan kerusi yang dipertandingkan dan kajian penentuan kedudukan kerusi itu masih lagi belum lengkap.

“Sepatutnya PPBM hari ini diwakili oleh Mukhriz dan (Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman) tapi dalam komunikasi terakhir antara saya dengan Mukhriz, berbeza dengan kami tiga parti yang sudah selesaikan homework kami, Mukhriz memaklumkan PPBM perlukan sedikit lagi masa,” katanya.

Menurut Saifuddin, tiga parti PH iaitu PKR, DAP dan PAN sudah bersedia dengan senarai kerusi-kerusi yang mereka akan tuntut nanti.

Tambahnya, situasi dihadapi PPBM itu boleh difahami, memandangkan parti tersebut baharu ditubuhkan dan mereka perlu melalui banyak proses seperti dihadapi PKR sebelum ini pada tahun 1999.

“Saya faham kerana mereka baru saya ditubuhkan dan mereka sedang membaca tentang keupayaan dan kemampuan PPBM di setiap negeri dan kami juga telah melalui proses itu pada tahun 1999 dan begitu juga dengan PAN,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, PH akan memberi masa yang munasabah kepada PPBM dalam menyediakan tuntutan kerusi yang ingin mereka tandingi nanti.

“Kami bersetuju untuk beri ruang yang munasabah kepada PPBM untuk mereka dapat lebih sedia bagi kemukakan kerusi yang mahukan,” katanya.

Berhubung rundingan dengan PAS, Saifuddin berkata PH tidak ada rundingan bersama dengan parti Islam tersebut buat masa ini.

“Kami tidak ada wakil PAS, kami tidak bincang dengan PAS. Kami hanya (tentukan) mana PKR nak kerusi, DAP nak atau PAN nak. Tapi kami masih tidak dengar daripada PAS,” terangnya lagi.

Dalam mesyuarat hari ini, pemimpin PH yang hadir antaranya Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr. Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s