DAP Ada Muslihat Peralatkan Nama Nik Aziz, Kata Naib Presiden PAS

AIDCNews – 01/03/17 –DAP dilihat mempunyai muslihat tersendiri apabila memperalatkan nama individu yang telah meninggal dunia, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan membandingkan PAS di bawah pemerintahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sejarah membuktikan putusnya kerjasama politik bukan sahaja selepas Almarhum Nik Aziz meninggal dunia, malah perkara sama juga pernah berlaku semasa Almarhum masih hidup.

“Kalau nak kata tok guru (Nik Aziz) terbuka dengan DAP, kita (PAS) pun terbuka. Cuma kita putus ini sebab DAP ambil sikap yang bertentang dengan perjuangan kita. Tok Guru sendiri pernah sebut masa DAP nak keluar (Barisan Alternatif), keluarlah, tidak ada masalah.

“Putusnya hubungan DAP dengan kita bukan hari ini sahaja, masa Tok Guru ada pun pernah putus dua kali.

“Jadi amat tidak betul kalau dia kata PAS yang ada kini berbeza dengan dulu,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa jika Almarhum Nik Aziz masih hidup, beliau tidak akan merelakan muslihat atau pengkhianatan politik seperti mana dilakukan pimpinan PAS sekarang.

“Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti pada mana-mana bangsa atau agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia,” kata Kit Siang

Mengulas isu berkenaan, Mohd Amar berkata, DAP seharusnya melihat kepada diri sendiri, bukannya mengambil kesempatan menuding jari kepada PAS, sekali gus mengenang sejarah yang pernah parti itu lakukan terutamanya melibatkan isu negara Islam dan hudud sebelum ini.

Tambahnya, sikap angkuh dan tidak boleh bertolak ansur yang diamalkan DAP merupakan titik perpecahan antara kedua parti tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s