Kit Siang Diberi Amaran Jangan Peralat Nama Nik Aziz

Kenyataan akhbar Lim Kit Siang, 3 Jun 2012
Kenyataan akhbar Lim Kit Siang, 3 Jun 2012
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang diberi amaran keras supaya tidak sesekali menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih sokongan politik.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali berkata, Nik Abdul Aziz merupakan tokoh yang sentiasa merujuk al-Quran dan sunah sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak.

Katanya, tindakan itu berbeza dengan Kit Siang dan kepemim­pinan DAP yang hanya mengikut nafsu bagi mencapai kehendak serta kepentingan peribadi.

“Saya memberi ama­ran kepada Kit Siang supaya tidak me­rosakkan nama Nik Abdul Aziz kerana jika Tuan Guru masih hidup, beliau akan menjadi orang pertama yang menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

“Nik Abdul Aziz juga akan menjadi orang pertama yang menentang DAP ekoran serangan bertubi-tubi parti itu terhadap agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kit Siang hari ini dilihat cuba meraih simpati daripada penyokong Pas dengan memainkan sentimen melibatkan Nik Abdul Aziz dan mendakwa politik ‘nakal’ yang dimainkan pemimpin Pas pada masa ini pasti tidak akan terjadi sekiranya tokoh itu masih hidup.

Tegas Mohd. Khairuddin, kepemimpinan Pas hari ini di bawah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sama seperti dahulu kerana beliau turut merujuk al-Quran dan sunah.

“Rujukan dan sokongan ahli Pas di peringkat akar umbi adalah berdasarkan al-Quran dan sunah, bukan manusia. Jadi, jika pemimpin itu tidak mengikut dua kitab ini, Pas akan terus membuangnya.

“Sebab itu, kita memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan PAN kerana mereka menentang agama Islam serta menye­rang Pas secara bertubi-tubi,” katanya – UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s