Permohonan Lim Guan Eng Ketepikan Prosiding Rasuah Didengar 14 Julai

KUALA LUMPUR- Permohonan Lim Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung kenyataan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya, akan didengar 14 Julai depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak Lim.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan berkenaan tetapi ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk menukar dan meneliti afidavit berkaitan permohonan itu.

Peguam negara memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos 2016, memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, peguam negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih-lebih dalam keadaan sesuatu kes berkenaan sedang dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang yang menyatakan pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa beliau akan dipenjarakan, jika dibaca secara keseluruhan membawa maksud mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 21 September 2016, mahkamah membenarkan permohonan peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Permohonan Lim Guan Eng Ketepikan Prosiding Rasuah Didengar 14 Julai

  1. Bila dia bercakap,berhujah dan mengkritik, kokoknya berderai2 macam si ayam jantan tapi dia lupa ekornya bergelumang tahi yang amat busuk… Seolah2 dia lebih maksum, sentiasa betul dan benar.
    Singkirkan untuk selama2nya pemimpin hipokrit seperti itu dan mereka yang sejenis dan sama waktu dengannya kerana mereka hanya merosakkan kehidupan bernegara, bermasyarakat dan beragama…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s