PRU14 – Saifuddin Bakal Ganti Norlela Di Penanti ?

AIDCNews – 01/03/17 –Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dijangka bakal menggantikan Dr Norlela Ariffin untuk menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Saifuddin yang dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 4 Januari lalu dianggap calon paling sesuai kerana sikapnya yang pro-DAP.

ADUN Penanti Dr Norlela, ketika dihubungi The Star mengesahkan namanya tidak ada dalam senarai calon untuk DUN berkenaan berdasarkan beberapa maklumat parti yang disampaikan kepadanya.

Sekurang-kurangnya, dua calon daripada ‘PKR 5’ yang dianggap ‘penderhaka’ kepada Guan Eng dan bakal digugurkan daripada menjadi calon PKR di Pulau Pinang, lapor portal itu

‘PKR 5’ merujuk kepada lima ADUN PKR Pulau Pinang yang telah mengambil sikap berkecuali berhubung usul yang dikemuka oleh wakil BN berkaitan isu penambakan tanah di Pulau Pinangketika sidang dewan November 2015.

Sikap ‘berkecuali’ ditafsirkan Guan Eng sebagai menentang dasar pemerintahannya di negeri itu.

Mereka yang berkecuali adalah Dr Norlela (Penanti), Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T. Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubok).

Advertisements

2 thoughts on “PRU14 – Saifuddin Bakal Ganti Norlela Di Penanti ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s