Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik ‘Ancaman Kepada Keselamatan Negara’

siti-kassimAIDCNews – 02/03/17 –Tiga nama Melayu memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka adalah Siti Zabedah Kassim, Asiah Abd Jalil dan Mujahidin Zulkifli.

Permohonan saman yang diketuai P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di Mahkamah Tinggi menuntut perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.

Selain itu, mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

Advertisements

One thought on “Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik ‘Ancaman Kepada Keselamatan Negara’

  1. Mengapa lah Melayu 3 kerat tu benci sangat pada ZN ,mungkin dia tak pernah dengar syarahan ZN atau dia tak faham atau dia memang tak suka kepada penonjolan hujah-hujah membenarkan Islam yg di keluarkan oleh ZN.Kalau ini dikatakan bukan anti Islam ,apa lagi namanya,nak tipu siapa?.Semuga 3 insan berkenaan insaf.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s