DAP Atur PPBM & PAN Untuk Lemahkan PAS Selangor

lim2Michael Lundang – Kewujudan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sebagai parti sekongkol baru DAP-PKR menyebabkan kehadiran PAS yang telah membantu Pakatan Rakyat menguasai Selangor menerusi 15 kerusi DUN bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi 44 daripada 56 kerusi DUN pada PRU yang lalu, dianggap melukut di tepi gantang memandangkan PAS enggan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

PAS tidak mahu lagi berada di bawah kepimpinan DAP, malah PAS dituduh dan dikempen sebagai musuh utama Pakatan.

Malah DAP dan Pakatan Rakyat melemparkan tuduhan ke atas PAS dengan mengatakan PAS goyah dan tidak sekuat PRU yang lepas. Kononnya daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS, 8 daripadanya iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaraas, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat dimenangi dengan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu-Islam.

DAP tidak mengambil kira kemenangan 14 kerusi PKR yang dimenangi kerana pengundi-pengundi Melayu-Islam. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN DAP termasuklah di Teratai yang dimenangi dengan bantuan undi-undi Melayu-Islam.

Akhbar Oriental Daily yang berbahasa Cina mendakwa tanpa kerjasama pengundi-pengundi Cina, PAS diramalkan kehilangan 8 kerusi berkenaan dan dalam masa yang sama PAS bakal berhadapan dengan risiko kehilangan dua kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat.

Beberapa bulan yang lalu, Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor mendakwa DAP akan merampas kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan daripada PAS untuk mereka sendiri bertanding. Beberapa orang anak Melayu yang menyanjungi Lim anak beranak telah dipilih sebagai calon mereka, antaranya termasuklah Rara Othman yang dikatakan bakal dipertandingkan di DUN Dusun Tua.

Untuk kerusi DUN Chempaka dan Lembah Jaya, DAP akan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun untuk dua kerusi ini, PAN dan Parti Pribumi Bersatu akan mengintai peluang dan kesempatan memandangkan jumlah pengundi Melayu yang lebih ramai apatah lagi kedua-dua kerusi berkenaan pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN.

DAP bekerjasama dengan PKR cuba mewujudkan perasaan takut dan ragu-ragu di kalangan pemimpin PAS Selangor walaupun mereka sangat takut sekiranya PAS Selangor terus berpegang kepada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU-14 akan datang.

Kedudukan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sangat lemah dan tidak mampu menarik banyak sokongan. Ini agak menyukarkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu untuk membantu DAP dan PKR walaupun PRK Sungai Besar yang lepas.

DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAN yang akhirnya memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi.

Pada bulan April nanti, DAP dan PKR akan terus memberikan tekanan yang sekuat-kuatnya ke atas PAS dengan cerita-cerita dongeng dan ketinggalan zaman seperti ‘Pengundi-pengundi Cina dan Bukan Islam’ walaupun pada masa yang sama sebenarnya mereka yang mengharapkan undi-undi Melayu-Islam dari PAS.

Ini disebabkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hasan menyatakan bahawa PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu membincangkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, Nasrudin mendakwa PAS juga akan membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama Kerajaan Negeri ataupun sebaliknya.

Jika PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor, Azmin tidak ada pilihan melainkan terpaksa membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri lebih awal. Ini sememangnya tindakan yang cuba dijauhi DAP dan PKR.

Tekanan demi tekanan akan terus diberikan kepada PAS demi kelangsungan PAN dan Parti Pribumi Bersatu. Kejayaan meletakkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu di mana-mana kerusi yang pernah disandang oleh PAS sebelum ini, sebenarnya akan lebih memantapkan DAP, dan bukannya Pakatan Rakyat sebagaimana yang difikirkan oleh PKR.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s