DAP Disindir Lakukan Pusingan-U Apabila Lawat Duta Besar China

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin DAP mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang telah mengundang sindiran termasuk ada yang mengkritik parti itu sebagai “pasukan pusingan-U”.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong telah memuatkan gambar dalam akaun Facebook yang menunjukkan pemimpin DAP mengadakan kunjungan hormat ke atas Huikang.

Menurut Chin Tong lagi, perbincangan telah diadakan mengenai isu ekonomi, pendidikan, pertanian, pelancongan, inisiatif One Belt One Road oleh China dan pelaburan di Pulau Pinang.

Selain Chin Tong, pemimpin DAP lain yang menyertai kunjungan ke Kedutaan China termasuk pemangku pengerusi, Tan Kok Wai; naib pengerusi, Teresa Kok dan setiausaha organisasi, Loke Siew Fook.

China Press melaporkan, pengguna Internet bagaimanapun mengingatkan Chin Tong mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkannya sendiri selain mengatakan DAP melakukan pusingan-U.

“Hanya apa yang dilakukan DAP adalah betul manakala yang dilakukan Perdana Menteri pula didakwa sebagai membelot negara,” kata pengguna Internet dengan segelintir mendakwa DAP mengamalkan dwi standard.

Tetapi selain kritikan, ada juga pengguna Internet yang melihat pertemuan DAP dengan Duta Besar China itu sebagai saat yang bermakna dan membuka jalan kepada DAP untuk mentadbir negara kelak.

Chin Tong sebelum ini pernah menyatakan bahawa Malaysia perlu berhati-hati dalam menerima kemasukan pelaburan China. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s