Mukhriz Perlu Berhati-hati Buat Tuduhan – Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR – Pas membidas tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya lebih berhati-hati daripada membuat tuduhan selepas dakwaannya ada individu dalam Pas cuba mengagalkan rundingan dengan kedua-dua parti itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menolak dakwaan Mukhriz dan menasihatinya supaya jangan membuat kenyataan yang hanya boleh menggagalkan lagi rundingan yang sepatutnya diadakan dengan keadaan harmoni.

“Saya rasa Datuk Mukhriz perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan sebagai pemimpin PPBM… Pas sudah bersetuju untuk berunding dan telah ditetapkan mereka-mereka yang berunding dengan PPBM.

“Tidak ada pemimpin dalam kalangan Pas yang cuba menggagalkan rundingan, itu adalah tohmahan yang tidak wajar dibuat, kita mahukan keharmonian dalam rundingan, tak betul dakwaan itu,” kata Khairuddin kepada MalaysiaGazette.

Bagaimanapun, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan, PPBM perlu mematuhi syarat-syarat yang sudah diletak oleh parti Islam sekiranya mahu melihat rundingan tersebut dapat menjadi kenyataan.

“Cuma kita ada buat syarat-syarat dalam rundingan, pertama jangan berada di pentas dengan DAP dan PAN menyerang Pas, itu adalah syarat yang diletak dan mereka kena patuh.

“Tak sesuai jika mereka sepentas dengan PAN dan DAP serang tapi kemudiaan berunding dengan kita,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Mukhriz mendakwa ada segelintir ahli Pas yang cuba untuk melihat kerjasama antara kedua-dua parti itu gagal.

Beliau yang berada di Kelantan semalamberkata, parti itu masih dalam proses meneruskan rundingan dengan Pas malah berkata setiap rundingan yang diadakan oleh kedua-dua parti itu berjalan lancar dan positif.

“Namun, ada sesetengah pihak yang tidak terbabit dalam rundingan berkenaan sering mengeluarkan kenyataan negatif supaya kerjasama antara Pas dan PPBM ini tidak menjadi kenyataan,” katanya .

Kerjasama antara Pas dan PPBM masih menjadi teka teki apabila Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalin hubungan dengan parti yang bersekongkol dengan DAP dan PAN.

Pas dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk mengadakan hubungan dengan PPBM hanya akan diputuskan dalam muktamar yang akan diadakan April ini di Kedah.

Malah hubungan tahaluf siyasi dengan PKR juga akan turut diputuskan oleh parti itu dalam muktamar sama. – MalaysiaGazette.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s