Walaupun Sertai PH & PPBM, Dasar ‘Malaysian Malaysia DAP Tidak Berubah – Tan Kok Wai

dapwAIDCNews – 04/03/17 –DAP menegaskan prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya memerintah negara ini dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan tetap dengan dasar parti itu iaitu sebuah parti demoktarik sosial yang mahukan hak sama rata untuk setiap agama dan kaum di Malaysia.

“Ia tidak bermakna kita mengorbankan prinsip-prinsip kita apabila bekerjasama dengan pihak lain. DAP masih parti “Malaysian Malaysia”. Kami masih sebuah parti demokratik sosial.

“Kami bersama-sama dengan pihak lain bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan DAP Pusat hari ini.

Kok Wai dalam pada itu menegaskan DAP akan tetap menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia selepas berjaya menguasai negara ini.

Jelas beliau, DAP menentang hukum hudud bukan kerana isu peribadi atau sentimen agama tetapi kerana ia menyalahi Perlembagaan Negara.

Konsep “Malaysian Malaysia” bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, kali pertama diungkapkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP pada tahun 1964 ketika mengkritik Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.

Kuan Yew telah mempertikaikan kontrak sosial itu yang disifatkannya sebagai mendiskriminasi kaum bukan Melayu.

Selepas PAP diharamkan di Malaysia ekoran pemisahan Singapura pada tahun 1965, slogan ‘Malaysian Malaysia’ telah diwarisi parti baharu, DAP, yang ditubuhkan pada 1966.

Roh pejuangan ‘Malaysian Malaysia’ DAP dimaktubkan dalam Deklarasi Setapak yang diikrarkan pimpinan parti itu pada tahun 1967.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan jika kita hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum adalah menjauhi apa-apa idea hegemoni kaum oleh satu komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali..”

Asas DAP melalui ikrar Deklarasi Setapak itu bercanggah dengan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang mahu hak istimewa kaum Melayu diperkukuhkan;

“Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

Jelas sekali, ikrar DAP untuk menumpaskan dan menyingkirkan hegemoni kaum yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s