Campur Tangan Isu Fatwa : PAS Pulau Pinang Buat Aduan kepada Yang Di Pertuan Agong

PULAU PINANG – Pas negeri telah mempersembahkan isu pewartaan fatwa di negeri ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam kerana mendapati empat fatwa yang diluluskan masih belum diwartakan.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada campur tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang tidak mewartakan fatwa atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.

Jelas beliau, empat fatwa tersebut adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik, hukum menghisap shisha, pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf.

“Dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa pada 2015, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sendiri mengakui perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Afnan Hamimi, Pas kini dalam rangka usaha meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama berjuang membantah campur tangan politik DAP dalam urusan pewartaan fatwa.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga perkara perlu dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperbetulkan keadaan itu yang antaranya membatalkan pekeliling mengarahkan fatwa yang telah diluluskan perlu merujuk MMK.

Jelasnya, Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 perlu dirujuk seperti sebelum ini dengan hanya mempersembahkan setiap fatwa kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kedua, fatwa yang diluluskan tidak boleh disimpan kerana setiap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melibatkan keperluan semasa.

“Terakhir, kita terus mendesak Abdul Malik meletakkan jawatan untuk membuktikan beliau seorang yang bertanggungjawab,” tegasnya sambil menjelaskan pengganti Abdul Malik perlu tegas dan berani mempertahankan prinsip Islam dan berkelulusan dalam bidang agama. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

2 thoughts on “Campur Tangan Isu Fatwa : PAS Pulau Pinang Buat Aduan kepada Yang Di Pertuan Agong

  1. selepas pas tidak menjadi ahli pakatan harapan, segala keburukan pentadbiran kerajaan negeri pulau pinang terbongkar. mungkin kalau pas sebhagian dari PH, ianya akan disembunyikan dari pengetahuan umum. semua sudah terlambat. bara sudah menjadi abu..islam sudah hilang suara dan kebebasannya di bawah kawalan kerajaan kafir. seluruh umat islam di pulau pinang bertanggungjawab atas apa yg berlaku kerana mereka yg telah membuat pilihan, siapa yg mereka pilih untuk memimpin mereka pada pru13 lalu. pru14 adalah waktu untuk mereka kembali ke pangkal jalan….
    jika mereka masih memilih PH, maka islam liberal dan sekularisme pula akan menyusup masuk ke dalam kehidupan generasi yg seterusnya. itulah agenda pentadbiran dap. tunggu dan lihat saja nanti.

    Like

  2. Itulah antara sumbangan PAS kepada umat Islam dan negara. Amat pahit untuk ditelan. Kerana mengejar kuasa sanggup jual agama dan bangsa kepada kafir harbi. Mudah2an ia tak berulang lagi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s