Anwar Semakin Dilupakan…

AIDCNews – 06/03/17 –Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh semakin dilupakan oleh majoriti rakyat Malaysia di negara ini.

Ini dibuktikan dengan buku bertajuk “Anwar Ibrahim Evolution of A Muslim Democrat” tulisan Charles Allers tidak laris di pasaran, sehingga dijual secara murah.

“Anwar Ibrahim terus didzolimi,”kata Haris Zalkapli sambil melampirkan gambar buku-buku Anwar yang dimasukkan dalam katogeri ‘sale clearance’ yang berharga RM5.00 sedangkan harga asalnya, US$15.48.

“Ada sale clearance kt mana tuh.. hihi,” soal Ahmad Hakimi Othman

“Aeon Big Wangsa Maju. Buku fiksyen je banyak,” jawab Haris.


Sementara itu, Hanisya Abdul Hamid berkata perkembangan politik semasa hari ini menunjukkan Anwar semakin tidak relevan dan terus dilupakan.

“Sudah nampak bayang-bayang DSAI mulai dilupakan oleh para anggota, penyokong dan pendokong PKR termasuk yang pentaksub tegar sejak Tun M hulurkan salam pendamaian dan berucap di pentas Otai Reformis.

“Dulu dari luar Tun M sekat DSAI menjadi PM .. sekarang masuk dalam pembangkang melakukan perkara yang serupa.

“Itu dinamakan salam dan sentuhan berbisa.

“Ingatkan satu Anwar dipenjara ratusan ribu Anwar bangkit .. rupa-rupanya mohon Anwar terus dilupakan.

“Itu pun masih ada para anggota, penyokong dan pendokong PKR tidak nampak lagi,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s