DAP Melampau Campur Tangan Isu Khutbah – Pesuruhjaya PAS Terengganu

syerlena3AIDCNews – 06/03/17 –DAP sudah sampai ke tahap melampau apabila cuba campur tangan isu khutbah kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

“Awok-awok DAP ni dah melampaui batas. Khutbah Jumaat pun dia gi masuk campur. Haramkan diri anda, keluarga serta teman-teman anda daripada membantu, menyokong, berskongkol dan mengundi DAP.

“Semakin jelas mereka golongn anti Islam,”katanya dalam Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul Rashid yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ‘merendah-rendahkan’ kelantangan wanita.

Syerleena dilaporkan Malaysiakini menuduh JAKIM telah menyeleweng kerana menyebarkan ajaran jahat, menyebarkan kebencian dan ketaksuban keterlaluan.

“Jakim mempunyai sejarah dalam mengkhususkan apa yang dikenali sebagai ‘musuh-musuh Islam’ dan merendah-rendahkan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Sekali lagi, setelah memilih untuk tidak menangani penyalahgunaan kuasa atau kleptokrasi, Jakim memilih untuk merendah-rendahkan martabat wanita yang ‘lantang’.

“Apa yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana platform menyokong kerajaan untuk menyebarkan dakwah mengenai toleransi, kasih sayang dan hormat-menghormati, sebaliknya, digunakan untuk menyebarkan ajaran jahat menyebarkan kebencian dan ketaksuban keterlaluan,” katanya.

Syerleena mengulas teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim yang mendakwa sesetengah wanita memperjuangkan hak yang sama setelah terpengaruh dengan propaganda bertujuan memburuk-burukkan Islam.

“Mereka telah membangkitkan pelbagai isu ‘panas’ mengenai hak keadilan dan kebebasan untuk wanita seperti soal kebajikan dan status wanita, peranan dari sudut spiritual, hak dalam berpolitik, persamaan jantina, hak perundangan, keganasan, pemakaian hijab dan kedudukan wanita dalam al-Quran.

“Pada dasarnya pandangan ini dipengaruhi oleh propaganda untuk memburuk-burukkan Islam atas agenda tertentu,” kata mimbar dalam khutbah yang bertajuk “Islam memerdekakan wanita”.

syerlena

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s