Zam Sahkan Mahathir Sudah Nyanyuk

KUALA LUMPUR – Zainudin Maidin atau lebih dikenali sebagai Zam dalam satu entri Twitternya seakan-akan ‘mengesahkan’ Tun Dr. Mahathir seorang yang nyanyuk.

“Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri.Masih muda pun pengecut nak keluar kampung untuk lawan orang tua nyanyuk.Poraah,” antara entri Zainudin hari ini yang bertujuan merendahkan Datuk Seri Nazri Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Malah bekas ketua pengarang sebuah akhbar itu juga mendakwa Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas sebagai ‘pondan’.

Apa yang ditulis oleh Zainudin itu jelas membenarkan dakwaan sesetengah pihak yang bekas Perdana Menteri keempat yang berusia 90 tahun itu sudah pelupa, dakwa Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Sebelum itu, insiden cabar mencabar Nazri dan Mahathir bermula selepas Nazri mencabar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertanding di Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Kemudiannya, Mahathir pula mencabar Nazri berlawan dengannya di Langkawi dan terbaru Nazri menolaknya kerana beliau mendakwa hanya akan bertanding di kawasannya sahaja.-MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s