Siti Kassim Ekstrim Menentang Islam, Pengecut Berdebat Dengan Dr Zakir Naik

Michael Lundang – Siti Zabedah Kassim (CT Kassim) seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan dan pernah dikaitkan dengan isu dirinya yang telah murtad dengan memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy.

Siti Kassim anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango. Siti Kassim pernah menghina 200 umat Islam yang bersolat hajat dan berhimpun di hadapan Mahkamah di Putrajaya menentang penggunaan kalimah Allah pada bible dengan gelaran orang ‘Melayu bodoh’

Siti Kassim menuduh perbuatan solat di hadapan mahkamah sebagai sengaja mahu menayangkan kemaluan mereka di khalayak ramai. Seterusnya menganggap isu penggunaan kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam. Siti Kassim juga menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian.

Beliau mempersoal sebab umat Islam di Malaysia tertakluk di bawah undang-undang Islam di Mahkamah Syariah sedangkan Perlembagaan Persekutuan ialah perundangan tertinggi.

Tindakan Siti Kassim dan Asiah yang mencabar Ustaz Zakir Naik berdebat, pantas mendapat reaksi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang bertindak menghubungi sendiri Ustaz Zakir.

Hasilnya, beliau bersetuju untuk berdebat dengan dua orang manusia yang bertopengkan Islam ini dengan apa jua syarat yang ditetapkan oleh kedua-duanya.

Namun begitu, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim dan Asiah, mereka dilaporkan menolak sebarang debat diadakan antara mereka dengan Ustaz Zakir. Tidak pula dinyatakan punca penolakan berkenaan namun diberitakan, Siti Kassim mahu menumpukan usaha menyaman kerajaan Malaysia berhubung kemasukan Ustaz Zakir ini.

Memang agak melucukan melihat cara Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil yang berdolak dalik ketika Ustaz Zakir sudah menyatakan persetujuan dan mematuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh kedua-dua wanita berkenaan. Kenapa tiba-tiba menolak sebarang debat diadakan sedangkan sebelum ini, mereka begitu lantang mencabar debat ini di adakan?

Adakah mereka bimbang, Islam celup liberal bawaan mereka akan dilondehkan oleh Ustaz Zakir Naik secara umum dihadapan mereka yang begitu menginginkan debat berkenaan diadakan?

Apa yang pasti, setelah meletakkan cabaran dan disahut pula cabaran berkenaan, mereka pantas melarikan diri dari medan perjuangan yang mereka buka.

Bukankah tindakan seumpama ini boleh dianggap sebagai tindakan seorang pengecut yang lari dari medan pertempuran? Apa yang pasti, dalam hal ini, kredibiliti Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil kini sudah boleh dipersoalkan.

Mencabar kemudian lari dari cabaran bukanlah satu tindakan seorang pejuang sebenar dan ianya telah dibuktikan oleh Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s