Korea Utara : Terserlah Sikap Sebenar Pakatan Harapan

AIDCNews – 08/03/17 –Langkah terbaharu rejim komunis Pyongyang yang menahan kesemua rakyat Malaysia termasuk diplomat-diplomat daripada meninggalkan Korea Utara telah memantulkan kemandulan semangat patriotik akar umbi Pakatan Harapan (PH) di negara ini.

“Terserlah pakatan pembangkang punya taat setia kepada Malaysia Konon. Haprak… Lahanatullah DAP,” bidas Mohd Azli Jaffar dalam Facebook hari ini.

Mohd Azli membuat bidasan itu sebagai merujuk kenyataan akar umbi PH, Peter Lim yang berkata,”Kami Pakatan Harapan menyokong penuh Korea Utara.”

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataan hari ini menyeru seluruh umat Islam menunaikan solat hajat pada Jumaat ini bagi memohon perlindungan dan keselamatan berhubung ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara.

1. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan serta perlindungan kepada Malaysia yang sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara ekoran daripada penahanan 11 orang rakyat Malaysia di sana.

2. Justeru, itu saya meminta semua Masjid-Masjid Utama Jakim iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta di semua masjid-masjid dan surau-surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat bermula pada 10 Mac 2017 ini dan berterusan sehingga kemelut ini selesai.

3. Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Hajat di semua masjid di negeri masing-masing bermula pada tarikh berkenaan bagi mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada Malaysia dan seluruh rakyatnya.

Saya menyeru semua umat Islam di seluruh negara agar dapat beramai-ramai menunaikan Solat Hajat tersebut sejurus selepas Solat Jumaat.

4. Kita amat berharap agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik serta rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Semoga usaha murni ini akan diberkati dan dirahmati Ilahi.

Sekian

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B)
8 Mac 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s