PRU 14 : Harapan Kepada Pembangkang Makin Pudar – Aktivis BERSIH

AIDCNews – 08/03/17 –Krisis yang berlarutan di kalangan blok pembangkang, Pakatan Harapan, PPBM dan PAS menyebabkan impian untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 semakin pudar kata Anggota Jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh Karpall Singh.

“Saya bercakap dengan ramai orang. Mereka menyatakan kurang minat untuk menyertai pilihan raya akan datang kerana tidak melihat sebarang harapan dalam pembangkang. Saya rasa saya perlu bersetuju. Tidak ada harapan lagi,”kata Mandeep dalam rencana terbaharu yang disiarkan Malaysiakini bertajuk “Harapan pudar, mungkin pembangkang patut diajar” hari ini.

Mandeep Singh Karpal (bertanda bulat) bersama jawatankuasa BERSIH

Mandeep yang juga pegawai sekretariat BERSIH yang ditahan polis tahun lalu susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, milik George Soros berkata suasana politik hari ini berbeza dengan PRU 2008 dan PRU 2013.

“Hari ini, Pakatan Rakyat sudah terkubur. Anwar kembali dihumban dalam sel lamanya di Sungai Buluh, Lim Guan Eng pula sedang menghitung hari sebelum dimasukkan ke tirai besi sekali lagi, dan Rafizi Ramli juga menantikan nasib yang sama.

“Hari ini, saya berani berkata bahawa pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih.

“Kita tidak boleh menjangkakan satu lagi tsunami politik untuk mengubah status quo. Kita tidak boleh terus mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.”

Malah aktivis BERSIH itu meramalkan pada PRU 14 nanti masa depan pembangkang lebih teruk dan kembali seperti sedia kala seperti sebelum 7 Mac 2008.

“Mungkin penyelesaian atau pelajaran terbaik bagi PRU-14 adalah untuk membawa pembangkang kembali seperti sedia kala sebelum 7 Mac 2008 apabila mereka tidak mempunyai sebarang negeri, GLC, atau kuasa.

“Mungkin selepas itu, mereka akan ingat bagaimana untuk menjadi pemimpin sekali lagi dan bukan hanya sekadar menjadi pembangkang.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s