Teresa Kok Berbohong ! Sudah Ambil RM2 Juta Dana YAWAS – Jamal

Bnbbc – Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus mendakwa Teresa Kok berbohong apabila menyatakan tidak menerima langsung wang dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ini kerana menurut Jamal, ahli parlimen DAP Seputeh itu telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurutnya, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Antaranya Chen Soon King, lahir pada 17/9/1938 berbangsa Cina dan beragama Krisitian. Ini baru seorang, ada 40 kes lagi yang masih belum diselesaikan,” dedahnya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Menurut Jamal lagi, pegawai yang bertanggungjawab menguruskan dana tersebut adalah Lum Suep Ling.

Jamal dalam masa yang sama turut berkata beliau bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh Teresa jika dia menganggap bahawa dakwaan yang dibuat ini tidak benar.

“Saya bersedia untuk disaman Teresa,” katanya ringkas.

Jamal sebelum ini mendesak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin menjawab dakwaan transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta yang disalurkan kepada ahli parlimen di Kuala Lumpur sedangkan ia wang rakyat di Selangor.

Antara MP tersebut adalah MP Cheras, Tan Kok Wai, MP Kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Segambut Lim Lip Eng.

Bagaimanapun, semalam Teresa menafikan yang dirinya tahu tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya daripada agensi negeri Selangor itu.

Teresa ketika ditemui apabila ditanya mengenai pendedahan Jamal hanya menjawab ‘tidak ada’ menerima wang seperti didakwa kerana beliau adalah wakil rakyat Kuala Lumpur.

Advertisements

One thought on “Teresa Kok Berbohong ! Sudah Ambil RM2 Juta Dana YAWAS – Jamal

  1. bila masa pula puak2 pakatan haprak ni bercakap benar??? apa yg keluar dari mulut depa semuanya pembohongan semata-mata… dalam tidur pun boleh berbohong….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s