Akta 355 : Kit Siang Dinasihat Tidak Perlu Jadi Batu Api -Dr Asyraf Wajdi

AIDCNews – 09/03/17 –Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang diminta untuk berhenti daripada menjadi ‘batu api’ berhubung isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, sebagai orang yang tiada kaitan khusus dengan RUU berkenaan, Kit Siang sepatutnya tutup mulut dan bukannya menjadi seorang penghasut.

“Cukuplah Kit Siang hentikan polemik hasutan ini yang hanya gambarkan sikap DAP yang masih curiga dan bersikap anti kepada Islam,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Asyraf berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Kit Siang agar pemimpin utama bukan Islam komponen BN meletakkan jawatan sekiranya usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan Parlimen.

Malah Kit Siang turut menggesa supaya 15 ahli parlimen bukan Islam itu meletak jawatan ekoran daripada usul Akta 355 tersebut.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, sebelum ini dua akta berkenaan dengan undang-undang berkaitan Islam pernah dipinda namun tiada pula polemik seumpama ini timbul.

“Hakikatnya sebelum ini pernah dipinda dua akta pada 1984 dan 1989 telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak tiada masalah.

“Tapi hari ini jadi polemik…. Jadi cukuplah hentikanlah hasutan itu,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha MCA Selangor, Datuk Ng Chok Sin dilaporkan Oriental Daily mengesa DAP memecat penyertaan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih bertegas mahu mengusulkan pindaan Akta 355.

“Sekiranya Abdul Hadi tidak cadang menarik balik usul pindaan itu, kerajaan Selangor mesti bertindak memecat semua ahli PAS yang mempunyai kedudukan dalam negeri itu,” katanya.

Menurut beliau, selain Kelantan, PAS Selangor mempunyai ramai ahli yang memiliki jawatan dan menikmati segala sumber milik kerajaan negeri.

“Oleh itu, cara yang paling sesuai untuk menghalang usul RUU 355 ini ialah kerajaan Selangor perlu memecat ahli-ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri,” katanya.

Kata Chok Sin, DAP adalah parti terbesar dalam Kerajaan Selangor dan berhak memberi kata-kata terakhir kepada PAS agar menarik balik usul RUU 355.

Advertisements

One thought on “Akta 355 : Kit Siang Dinasihat Tidak Perlu Jadi Batu Api -Dr Asyraf Wajdi

  1. Memang sungguh, untuk menegakkan ISLAM banyak perlu dikorbankan. Ruu 355 ini hanya nak upgrade tapi sebab melibatkan ISLAM, SEMUA prihatin.
    Maka, sape2 hendak ISLAM (perhatikan orang ISLAM), pastikan mempunyai tubuh badan yang kuat, minda yg extra stabil dan hati yg cekal…. extra ordinary cekal.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s