AMK Sedang Giat Lobi Jadi Calon Di Selangor

AIDCNews – 09/03/17 –Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor dilihat sedang mencatur calon-calon yang bakal bertanding di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menurut Hanisya Abdul Hamid, senarai pendek calon-calon AMK SELANGOR itu sedang tular di media sosial.

Senarai pendek calon-calon AMK SELANGOR yang dilihat pro Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali itu mencadangkan Ketua AMK pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad yang sebelum ini penyandang di DUN Seri Setia dipindahkan ke Parlimen luar Selangor iaitu Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pada PRU 13, calon PKR, Ibrahim Yaacob telah ditewaskan calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari di Parlimen Setiawangsa.

DUN Seri Setia pula dicalonkan untuk Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Timbalan Ketua AMK Selangor yang dahulunya bukan dari team AMK pro Azmin.

Manakala dalam senarai pendek calon itu, orang-orang kuat Azmin sama ada dikekalkan bertanding di tempat asal atau diberi tempat baharu.

Misalnya, Setiausaha MPN Selangor, YB Amirudin Shari dikekalkan bertanding di DUN Batu Caves.

Dato Adam Rosly Abdullah, Naib Ketua AMK Selangor diberi tempat bertanding di Parlimen Pandanbagi mengantikan penyandangnya, Rafizi Ramli.

Radzlan Jalaludin, penasihat AMK Selangor pula diberi tugas menawan semula DUN Kota Damansara yang dimenangi calon BN, YB. Halimaton Saadiah binti Bohan.

Sikap tamak kuasa AMK Selangor dapat dilihat apabila cuba merampas dua DUN milik PAS Selangor, iaitu DUN Chempaka yang disandang YB Datuk Iskandar A Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor dan DUN Taman Templer disandang oleh YB Zaidy Abdul Tali, Bendahari PAS Selangor.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Muhamad Mizan Adli Mohd Noor dicalonkan bertanding di DUN Chempaka, manakala Exco AMK Selangor, Muhamad Muhaimin Harith Abdullah Sani sama ada akan dicalonkan di DUN Templer atau DUN Batang Kali.

“AMK-AMK Selangor ini dikatakan berlagak lebih sudu dari kuah.

“Sumbangan dan jasa kepada masyarakat setempat boleh dikatakan sifar tetapi punyalah pelahap dan kemaruk sakan nak bertanding.

“Mohon penjernihan demi kebenaran akan memo ini,” ulas Hanisya Abdul Hamid.

Pemilihan AMK 2014

Team AMK Untuk Malaysia


Team AMK Baru

Team NadiAMK

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s